- Hit: 35
KELANA JAYA, 18 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 2/2025.
Dalam sesi mesyuarat ini, Encik Zainal Mohd Jais, ALPA YBK telah memberikan perkongsian berkenaan 'Midas Touch' di mana setiap orang mempunyai keadaan diri di puncak pada tempoh tertentu, dan mengambil manfaat semasa dalam keadaan tersebut.
Turut hadir, Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) memberikan ulasan dan perkongsian motivasi. Turut hadir bersama adalah karyawan daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. selain karyawan ibu pejabat dan outlet-outlet YBK.
Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dalam ucapan beliau berkongsi berkenaan 'sentuhan mukjizat' dan menyeru para karyawan memberi komitmen penuh kepada tugasan masing-masing untuk kebaikan YBK serta manfaat masyarakat, di samping menghayati maksud MADANI yang sebenar.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz kemudiannya memberikan laporan gerak kerja YBK yang sedang berjalan untuk makluman ALPA YBK dan hadirin.
Di samping itu, sambutan hari lahir untuk karyawan yang lahir pada bulan Februari, iaitu Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan