Mesyuarat Semangat Mendaki - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Semangat Mendaki YBK Bil. 01/2026

    KELANA JAYA, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Ibu Pejabat YBK. Mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Semangat Mendaki yang pertama bagi tahun baharu.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, serta Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK. Turut hadir, ketua-ketua jabatan, karyawan dari outlet-outlet YBK, dan pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    Dalam ucapan dan amanatnya, Dato' Zainal menegaskan seruan perubahan dan pembasmian “kemiskinan diri” sebagai langkah awal sebelum membawa perubahan kepada masyarakat. Warga YBK diseru agar bertindak dengan prinsip “buat dahulu, asalkan ia menjadi”, menilai sumbangan secara jujur, memanfaatkan masa dan peluang sepenuhnya, serta membudayakan nilai kasih sebagai amalan hidup dalam setiap tindakan.

    Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad telah membuat perkongsian intipati buku Xi Jinping’s Eradicating Poverty, yang memberi fokus kepada pemahaman kemiskinan secara menyeluruh, bukan sekadar dari sudut material, tetapi juga melibatkan kemiskinan pemikiran, daya cipta, semangat, empati serta harapan. Perkongsian ini mengajak karyawan untuk berfikir secara lebih strategik, berani mencuba dan menilai semula bentuk kemiskinan yang benar-benar ingin dibasmi melalui peranan masing-masing.

    Justeru, Mesyuarat Semangat Mendaki ini menjadi landasan awal yang penting dalam membina tekad bersama bagi memastikan tahun 2026 dilalui dengan lebih bermakna, berdaya saing dan berimpak tinggi.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK “SEMANGAT MENDAKI” MEETING NO. 01/2026

    KELANA JAYA, 8 January 2026 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the year 2026 was held today at YBK Headquarters. This meeting marked the first Semangat Mendaki session of the new year.

    The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, and attended by YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, as well as Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK. Also present were heads of departments, staff from YBK outlets, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    In his address and message, Dato’ Zainal emphasized the call for change and the eradication of “inner poverty” as an initial step before bringing about transformation within society. YBK personnel were urged to act on the principle of “act first, as long as it works,” to evaluate contributions honestly, to make full use of time and opportunities, and to cultivate the value of compassion as a way of life in every action.

    Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad shared key insights from the book Xi Jinping’s Eradicating Poverty, which focuses on understanding poverty holistically, not merely from a material perspective, but also encompassing poverty of mindset, creativity, spirit, empathy, and hope. The sharing encouraged staff to think more strategically, to be bold in trying new approaches, and to reassess the forms of poverty that truly need to be eradicated through their respective roles.

    Thus, the Semangat Mendaki Meeting serves as an important starting platform in building a shared resolve to ensure that the year 2026 is navigated with greater purpose, competitiveness, and high impact.

    Read more
  • Mesyuarat Semangat Mendaki YBK - November 2025

    KELANA JAYA, 12 November 2025 - Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan November telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK pada jam 11 pagi.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Encik Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad , bersama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan laporan kepada hadirin berkenaan kemajuan dan perancangan program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh YBK, diikuti dengan amanat Dato' Pengerusi.

    Dato' Pengerusi dalam amanat beliau mengingatkan para karyawan untuk perlu berkarya dan berinovasi dalam melaksanakan tugas. Karyawan juga perlu memahami “sisi” setiap peranan dan jawatan, dan bagaimana tanggungjawab itu mencorak kejayaan. Beliau juga mengingatkan berkenaan kepentingan nilai kesyukuran dan hormat di samping menjauhi sifat fitnah, perpecahan dan amalan negatif yang menjejaskan organisasi serta masyarakat.

    Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengarah Urusan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. , YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman turut memberikan penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti di peringkat anak syarikat.

    Mesyuarat turut mengadakan sambutan hari lahir untuk karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan November.


    SEMANGAT MENDAKI MEETING – NOVEMBER 2025

    KELANA JAYA, 12 November 2025 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the month of November was held at YBK Headquarters at 11.00 a.m.

    The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Also present were YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin, Mr. Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, together with Datin Dr. Hajah Hartini Osman, YBK Administrative Advisor.

    YBK General Manager Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz presented updates on the progress and planned programs undertaken by YBK, followed by the Chairman’s address.

    In his remarks, the Chairman reminded all staff to create, innovate, and excel in performing their duties. He emphasized the need for employees to understand the “layers” of every role and position, and how these responsibilities shape success. He further highlighted the importance of gratitude and respect, while urging everyone to avoid slander, division, and negative practices that harm both the organization and the community.

    YBK Administrative Advisor and Managing Director of Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, also shared updates on activities at the subsidiary company level.

    The meeting concluded with a birthday celebration for staff members born in November.

    Read more
  • Mesyuarat Semangat Mendaki - Oktober 2025

    KELANA JAYA, 22 Oktober 2025 - Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan September telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK pada jam 11 pagi.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Encik Zainal Mohd Jais, dan Ustaz Faisal Tan Mutalib, bersama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK.

    Dalam amanatnya, Dato' Pengerusi menekankan peri pentingnya kesinambungan perjuangan akar umbi dalam membasmi kemiskinan yang diibaratkan seperti akar pokok yang tidak kelihatan namun menjadi tunjang kekuatan batang dan buah di atasnya. Beliau turut menyentuh tentang keperluan mendidik generasi muda dengan nilai, ilmu, dan akhlak sebagai asas kepada kesejahteraan masyarakat.

    Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga YBK atas kejayaan penganjuran Program Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3 pada 18 Oktober 2025 lalu di YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah. Beliau menyifatkan program tersebut sebagai satu langkah berani dan bermakna dalam merakyatkan sastera, menyuburkan jiwa budaya serta memperkukuh nilai kemanusiaan selaras dengan misi YBK dalam pembangunan insan dan pembasmian kemiskinan.

    Mesyuarat turut mengadakan sambutan hari lahir Ustaz Faisal Tan Mutalib dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober.


    SEMANGAT MENDAKI MEETING – OCTOBER 2025

    KELANA JAYA, 22 October 2025 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the month of October was held at the YBK Headquarters at 11:00 AM.

    The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Also in attendance were YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin, Mr. Zainal Mohd Jais, and Ustaz Faisal Tan Mutalib, along with Datin Dr. Hajah Hartini Osman, YBK Administrative Advisor.

    In his address, the Chairman emphasized the importance of continuing the grassroots struggle to eradicate poverty, likening it to the roots of a tree—unseen, yet fundamental to the strength of its trunk and the fruits it bears. He also stressed the need to educate the younger generation with values, knowledge, and character as the foundation for a prosperous society.

    He extended his congratulations to the entire YBK team for the successful organization of the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 program held on 18 October 2025 at YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah. He described the program as a bold and meaningful initiative in popularizing literature, nurturing cultural spirit, and strengthening human values in line with YBK’s mission in human development and poverty eradication.

    The meeting also included a birthday celebration for Ustaz Faisal Tan Mutalib and Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration Manager), who both celebrated their birthdays in October.

    Read more
  • Mesyuarat Semangat Mendaki - November 2024

    KELANA JAYA, 12 November 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini di Ibu Pejabat YBK.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan turut dihadiri oleh ALPA YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, dan Encik Zainal Mohd Jais, juga ketua-ketua jabatan/outlet serta staf Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan gerak kerja YBK oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, disusuli dengan ulasan serta perkongsian motivasi oleh Dato' Pengerusi.

    Beliau mengingatkan para karyawan kepentingan mempunyai adab untuk membina kebersamaan dalam organisasi, gerak kerja yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar, dan sebarang masalah serta perselisihan hendaklah diselesaikan dengan tertib dan berhemah.

    Mesyuarat diakhiri dengan sambutan hari lahir kepada karyawan yang lahir pada bulan November.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SEMANGAT MENDAKI MEETING - NOVEMBER 2024

    KELANA JAYA, 12 November 2024 - The Semangat Mendaki Meeting was held this morning at the YBK Headquarters.

    The meeting was chaired by YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK) and was also attended by ALPA YBK, namely Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, and Mr. Zainal Mohd Jais, as well as heads of departments/outlets as well as staff of Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    The meeting began with the presentation of YBK's work report by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, followed by comments and motivational sharing by Dato' Chairman.

    He reminded the stakeholders to have manners to build togetherness in the organization, the work they are responsible for runs smoothly, and any problems and disputes must be resolved in an orderly and prudent manner.

    The meeting ended with a birthday celebration for employees born in November.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;