- Hit: 55
KELANA JAYA, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Ibu Pejabat YBK. Mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Semangat Mendaki yang pertama bagi tahun baharu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, serta Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK. Turut hadir, ketua-ketua jabatan, karyawan dari outlet-outlet YBK, dan pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Dalam ucapan dan amanatnya, Dato' Zainal menegaskan seruan perubahan dan pembasmian “kemiskinan diri” sebagai langkah awal sebelum membawa perubahan kepada masyarakat. Warga YBK diseru agar bertindak dengan prinsip “buat dahulu, asalkan ia menjadi”, menilai sumbangan secara jujur, memanfaatkan masa dan peluang sepenuhnya, serta membudayakan nilai kasih sebagai amalan hidup dalam setiap tindakan.
Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad telah membuat perkongsian intipati buku Xi Jinping’s Eradicating Poverty, yang memberi fokus kepada pemahaman kemiskinan secara menyeluruh, bukan sekadar dari sudut material, tetapi juga melibatkan kemiskinan pemikiran, daya cipta, semangat, empati serta harapan. Perkongsian ini mengajak karyawan untuk berfikir secara lebih strategik, berani mencuba dan menilai semula bentuk kemiskinan yang benar-benar ingin dibasmi melalui peranan masing-masing.
Justeru, Mesyuarat Semangat Mendaki ini menjadi landasan awal yang penting dalam membina tekad bersama bagi memastikan tahun 2026 dilalui dengan lebih bermakna, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK “SEMANGAT MENDAKI” MEETING NO. 01/2026
KELANA JAYA, 8 January 2026 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for the year 2026 was held today at YBK Headquarters. This meeting marked the first Semangat Mendaki session of the new year.
The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, and attended by YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, as well as Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK. Also present were heads of departments, staff from YBK outlets, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
In his address and message, Dato’ Zainal emphasized the call for change and the eradication of “inner poverty” as an initial step before bringing about transformation within society. YBK personnel were urged to act on the principle of “act first, as long as it works,” to evaluate contributions honestly, to make full use of time and opportunities, and to cultivate the value of compassion as a way of life in every action.
Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad shared key insights from the book Xi Jinping’s Eradicating Poverty, which focuses on understanding poverty holistically, not merely from a material perspective, but also encompassing poverty of mindset, creativity, spirit, empathy, and hope. The sharing encouraged staff to think more strategically, to be bold in trying new approaches, and to reassess the forms of poverty that truly need to be eradicated through their respective roles.
Thus, the Semangat Mendaki Meeting serves as an important starting platform in building a shared resolve to ensure that the year 2026 is navigated with greater purpose, competitiveness, and high impact.
