KELANA JAYA, 15 September 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan Ogos 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais. Turut hadir ialah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, para karyawan YBK serta pegawai daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. Turut hadir, kumpulan mahasiswa dan pensyarah daripada Institut Bisnis dan Komputer (IBK) Indonesia yang dalam rangka lawatan belajar di Asrama Kasih YBK Serendah.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan gerak kerja semasa YBK oleh Pengurus Besar kepada Pengerusi YBK dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

Dalam amanatnya, Dato' Pengerusi YBK mengalu-alukan lawatan belajar mahasiswa IBK ke Asrama Kasih, dan menekankan kepentingan membina hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam pendidikan, keusahawanan dan pembangunan modal insan. Beliau turut mengingatkan kepentingan mematuhi undang-undang serta membudayakan disiplin dan tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam usaha membasmi kemiskinan, pendekatan baharu, kreatif dan inovatif perlu diterapkan dengan memberi tumpuan kepada punca masalah, disertai pemantauan, bimbingan dan tindakan berterusan, dengan penglibatan sukarelawan serta semua pihak. Budaya perbincangan profesional, matang dan terbuka harus diperkukuh demi kepentingan bersama, saling melengkapi bagi mencapai hasil terbaik.

Mesyuarat ditangguhkan dengan keraian sambutan hari lahir karyawan yang lahir pada bulan September, serta penyampaian Anugerah Pekerja Bulanan Terbaik untuk bulan Ogos.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK SEMANGAT MENDAKI MEETING – SEPTEMBER 2026

KELANA JAYA, 15 September 2026 – The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Semangat Mendaki Meeting for September 2026 was held today at the YBK Headquarters.

The meeting was chaired by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. The Board of Trustees (ALPA) members present were Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid and Mr. Zainal Mohd Jais. Also in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK, YBK staff, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. Also present was a group of students and lecturers from Institut Bisnis dan Komputer (IBK), Indonesia, who were on a study visit to Asrama Kasih YBK Serendah.

The meeting commenced with a presentation by the General Manager on YBK’s current activities and operational progress to the YBK Chairman and Board of Trustees.

In his address, the YBK Chairman welcomed the IBK students on their study visit to Asrama Kasih and emphasized the importance of strengthening relationships and cooperation between Malaysia and Indonesia, particularly in the areas of education, entrepreneurship, and human capital development. He also stressed the importance of complying with the law and cultivating discipline and responsibility in community life.

In efforts to eradicate poverty, new, creative, and innovative approaches must be adopted, with a focus on addressing the root causes of the issues, supported by continuous monitoring, guidance, and action, with the involvement of volunteers and all stakeholders. A culture of professional, mature, and open discussion should be strengthened in the common interest, with all parties complementing one another to achieve the best possible outcomes.

The meeting concluded with a birthday celebration for staff members born in September, followed by the presentation of the Best Employee of the Month Award for August.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;