- Hit: 3
KELANA JAYA, 14 Mei 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, dan Encik Zainal Mohd Jais, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad mengikuti mesyuarat secara dalam talian. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, ketua-ketua jabatan, karyawan dari outlet-outlet YBK, dan pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membentangkan laporan program dan aktiviti YBK, antaranya berkenaan penyertaan YBK di program Persidangan Meja Bulat "Menoktahkan Kemiskinan, Mencipta Peluang Masa Depan Belia" anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Dalam amanat beliau, YBhg. Dato' Pengerusi telah memberikan ulasan berkenaan kemiskinan dalam konteks yang lebih meluas dan bukan sekadar harta benda semata-mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.
Beliau menyeru Pengurusan YBK dan semua karyawan untuk lebih ligat berfikir dan mencari idea untuk gerakan-gerakan pembasmian kemiskinan yang lebih segar sesuai dengan peredaran masa, dan meluahkan hasrat peribadi beliau untuk model pembasmian kemiskinan YBK dijadikan rujukan ulung dalam dan luar negara.
Mesyuarat ditangguhkan dengan sambutan hari lahir bagi karyawan yang dilahirkan pada bulan Mei.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK “SEMANGAT MENDAKI” MEETING NO. 4/2026
KELANA JAYA, 14 May 2026 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for May 2026 was held today at YBK Headquarters.
The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Board of Trustees (ALPA) members present were Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, and Mr. Zainal Mohd Jais, while Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad joined the meeting online. Also present were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, Heads of Departments, staff from YBK outlets, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
The General Manager of YBK, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, presented reports on YBK programmes and activities, including YBK’s participation in the Roundtable Conference titled “Ending Poverty, Creating Future Opportunities for Youth” organized by the Malaysian Institute for Research in Youth Development (IYRES).
In his address, the Chairman shared his views on poverty within a broader context, emphasizing that poverty should not be understood merely in terms of material possessions, as commonly perceived by many.
He called upon YBK management and all staff to think more proactively and generate fresh ideas for poverty eradication initiatives that are relevant to changing times. He also expressed his personal aspiration for the YBK poverty eradication model to become a leading reference both locally and internationally.
The meeting concluded with a birthday celebration for staff born in the month of May.
