- Hit: 9
KELANA JAYA, 8 April 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan April 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK dengan kehadiran pengurusan tertinggi serta para karyawan dari pelbagai jabatan dan outlet YBK.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir YABhg. Tan Sri Haji Muhammad Muhammad Taib, Pengasas YBK yang menyampaikan amanat khas kepada seluruh warga kerja. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, Encik Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, manakala Encik Zulhairy Jalaluddin tidak dapat hadir. Mesyuarat turut disertai oleh Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), ketua-ketua jabatan, para karyawan YBK serta wakil dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Dalam amanatnya, YBhg. Tan Sri menekankan bahawa kekuatan sesebuah organisasi terletak pada kesatuan pasukan, kepimpinan yang kukuh serta pemikiran strategik. Beliau turut menggalakkan YBK memanfaatkan ekosistem kepakaran yang terdapat di Selangor dan Lembah Klang dengan melibatkan lebih ramai tokoh dan pakar bagi memperkukuh idea, strategi dan impak organisasi kepada masyarakat. Pada masa yang sama, setiap amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan integriti, profesionalisme dan tanggungjawab bersama demi memastikan misi organisasi terus bergerak ke hadapan.
Dalam mesyuarat ini juga, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, ALPA YBK merangkap Penasihat Jabatan Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan, telah membentangkan laporan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi pelajar Asrama Kasih YBK. Pembentangan tersebut memberi gambaran menyeluruh mengenai prestasi akademik pelajar serta beberapa cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh pembangunan pendidikan di asrama.
Mesyuarat turut menyaksikan ‘soft launch’ Majalah Prihatin edisi terkini oleh YABhg. Tan Sri melalui paparan di skrin. Edisi digital majalah tersebut dijangka dimuat naik di laman web rasmi YBK dalam masa terdekat bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh.
Mesyuarat ditangguhkan dengan sesi meraikan hari lahir karyawan bulan Mac dan April, serta jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK “SEMANGAT MENDAKI” MEETING NO. 3/2026
KELANA JAYA, 8 April 2026 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) for April 2026 was held at YBK Headquarters, attended by top management and staff from various departments and outlets.
The meeting was chaired by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Also present was YABhg. Tan Sri Haji Muhammad Muhd Taib, Founder of YBK, who delivered a special address to all staff. Board of Trustees (ALPA) members in attendance were Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, Mr. Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, while Mr. Zulhairy Jalaluddin was unable to attend. The meeting was also joined by Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Heads of Departments, YBK staff, and representatives from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
In his address, Tan Sri emphasized that the strength of an organization lies in team unity, strong leadership, and strategic thinking. He encouraged YBK to leverage the ecosystem of expertise available in Selangor and the Klang Valley by engaging more leaders and experts to strengthen ideas, strategies, and organizational impact on society. He also stressed that every entrusted responsibility must be carried out with integrity, professionalism, and shared accountability to ensure the organization’s mission continues to progress.
During the meeting, Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, YBK Trustee (ALPA) and Advisor for the Department of Education, Human Capital and Research, presented an analysis report on the 2025 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results for students of Asrama Kasih YBK. The presentation provided a comprehensive overview of students’ academic performance along with recommendations to further strengthen educational development at the hostel.
The meeting also featured a soft launch of the latest edition of Majalah Prihatin by Tan Sri via on-screen presentation. The digital edition is expected to be uploaded to YBK’s official website soon, allowing the public to follow the organization’s initiatives and developments.
The session concluded with a birthday celebration for staff born in March and April, followed by a Hari Raya Aidilfitri gathering.
