- Hit: 32
KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 - Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman pagi ini telah bersiaran langsung dalam program Assalamualaikum TVAlhijrah bertajuk 'Sinar Kasih Ramadan - TopUp Saham Akhirat' pagi ini.
Dalam sesi ini, beliau telah memberikan pencerahan kepada para penonton berkenaan program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) YBK sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Program SKR ini telah memasuki tahun ke-17 pelaksanaan dan telah membantu hampir 4 ribu keluarga. Objektif SKR adalah untuk membantu keluarga miskin terpilih dalam perbelanjaan berbuka dan bersahur sepanjang sebulan Ramadan.
YBhg. Datin menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dalam program ini bagi membina saham akhirat. YBK menyasarkan untuk membantu 200 keluarga pada tahun 2025. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MBSB di nombor 1005 0540 0000 3480. Borang sumbangan boleh dimuat turun di pautan - https://bit.ly/SKR2025
Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan merangkap Koordinator Program SKR), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan