- Hit: 28
KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 - Bernama Radio hari ini telah menjemput YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan) dalam rancangan 'Kotak Rezeki' dengan tajuk 'Sinar Kasih Ramadan: Top-Up Saham Akhirat'.
Sesi selama 30 minit yang dikendalikan oleh Juruhebah Arief dan Natasha mengupas berkenaan program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) YBK sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Turut dihuraikan dalam sesi ini adalah penerangan berkenaan latar belakang YBK, program serta aktiviti, dan seruan untuk menyumbang khususnya untuk program SKR kepada mereka yang mengikuti siaran.
YBhg. Dato dan Datin menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dalam program SKR bagi membina saham akhirat dan menjadikan YBK sebagai 'laman amal'. YBK menyasarkan untuk membantu 200 keluarga pada tahun 2025.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun MBSB di nombor 1005 0540 0000 3480. Borang sumbangan boleh dimuat turun di pautan - https://bit.ly/SKR2025
Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan merangkap Koordinator Program SKR), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan