SHAH ALAM, 4 Mac 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman selaku Presiden merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Pn. Anfaal Binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat.

Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk menyertainya. YBhg. Datin telah memberikan taklimat program kepada Pn. Masturah selaku Pegawai Penasihat Dasar mewakili YB EXCO.

Turut bersama adalah Pn. Siti Faridah Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS), dan para pegawai beliau serta ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN iaitu Hjh Mastura binti Hj Abd Manap, Cik Siti Khadijah Ariffin, dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;