- Hit: 53
SINAR KASIH RAMADHAN 2025 - SeramaiΒ 8 buah keluarga di kawasan PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2025 untuk tahun ini. Penerima turut mendapat Kotak Makanan sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia, dan barangan sumbangan Dutch Lady. Serahan telah dilakukan oleh Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pendidikan YBK) bersama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga yang menerima adalah;
LEMBAH SUBANG, 26 Februari 2025 - Encik Mohd Zabri Muda, 56 tahun, kini tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit jantung yang dihidapinya. Dengan pendapatan sifar, beban menyara keluarga kini dipikul oleh isterinya yang menjalankan perniagaan atas talian dengan pendapatan sekitar RM1,300 sebulan.
Mereka mempunyai sembilan orang anak berusia antara 4 hingga 17 tahun, semuanya masih memerlukan perhatian dan keperluan asas yang mencukupi. Tinggal di rumah sewa, mereka bergantung kepada bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Walaupun diuji dengan kesempitan hidup dan masalah kesihatan, keluarga ini tetap berusaha untuk bertahan demi masa depan yang lebih baik. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki dan produk tenusu sumbangan Yayasan Foodbank Malaysia serta Dutch Lady Sdn. Bhd. telah diserahkan kepada Puan Rabiatul Adawiah dan diharap dapat membantu keluarga ini sepanjang Ramadan ini.
LEMBAH SUBANG, 26 Februari 2025 - Puan Nor Safrina 42 tahun, menggalas tanggungjawab besar sebagai ibu tunggal selepas suaminya dipenjarakan. Dengan pendapatan RM 1,500 sebagai tukang cuci di sebuah sekolah, dia berusaha menyara lima orang anak yang berusia antara 6 hingga 20 tahun.
Anak sulungnya mengalami kecacatan sebelah badan, masalah penglihatan sebelah, serta sawan. Sementara itu, anak bongsunya yang tidak bersekolah terpaksa tinggal bersama abangnya setiap kali Nor Safrina keluar bekerja. Beban kewangan keluarga ini sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan barangan dapur bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walaupun hidup dalam serba kekurangan dan menetap di rumah sewa, Nor Safrina tetap cekal memastikan anak-anaknya mendapat kehidupan yang baik.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki dan produk tenusu sumbangan Yayasan Foodbank Malaysia serta Dutch Lady Sdn. Bhd. diharap dapat membantu Puan Nor Safrina sepanjang Ramadan ini.
LEMBAH SUBANG, 26 Februari 2025 - Puan Suria Hanim merupakan seorang balu yang membesarkan 5 orang anak yang tinggal bersama. Beliau bergantung kepada pencen ilat arwah suaminya untuk belanja keperluan harian mereka. Beliau tidak bekerja kerana sering mengalami asma.
Sumbangan program Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Foodbank dan produk tenusu Dutch Lady diserahkan oleh wakil YBK iaitu PuanNorleza Hambali.
LEMBAH SUBANG, 26 Februari 2025 - Sumbangan program Sinar Kasih Ramadhan 2025 telah diserahkan kepada Puan Norazliza di kediaman beliau di PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang. Beliau yang merupakan seorang surirumah membesarkan 5 orang anak bersama suami, Encik Zahirruddin yang berniaga burger sebagai mata pencarian.
Sumbangan program Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Foodbank dan produk tenusu Dutch Lady diserahkan oleh wakil YBK iaitu PuanNorleza Hambali.
LEMBAH SUBANG, 28 Februari 2025 - Encik Jasni Othman, 47 tahun, bekerja dalam bidang khidmat memasak makanan, berusaha keras untuk menyediakan rezeki bagi keluarga kecilnya. Dengan pendapatan anggaran RM 1,500 sebulan, beliau menjalankan perniagaan sendiri di rumah. Di samping itu, isterinya, Puan Suhana, seorang surirumah, turut memainkan peranan penting dengan menyediakan kuih-muih tempahan untuk menambah sumber pendapatan keluarga.
Keluarga Encik Jasni terdiri daripada 5 anak yang berumur antara 8 hingga 15 tahun. Meskipun mereka tinggal di rumah sewa dan tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi, mereka tetap tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Program Sinar Kasih Ramadhan YBK 2025 dengan sumbangan Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan produk Dutch Lady turut menjadi secercah harapan, membantu meringankan beban harian mereka sepanjang Ramadan dan menyemai keyakinan untuk terus berusaha memperbaiki nasib.
LEMBAH SUBANG, 28 Februari 2025 - Encik Moh Fairul Afikin, 47 tahun, seorang tukang jahit yang gigih, berusaha menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya dengan pendapatan anggaran RM1200 sebulan. Isterinya, Puan Nur Aishah, seorang suri rumah, turut membantu dalam menguruskan rumah tangga dengan penuh dedikasi.
Keluarga mereka terdiri daripada enam anak yang berusia antara 4 hingga 18 tahun. Semua anak sedang menuntut ilmu, kecuali anak sulung yang baru menduduki peperiksaan SPM. Mereka menetap di sebuah rumah sewaan yang sederhana, yang menjadi saksi kepada setiap usaha dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Diharapkan sumbangan dalam program Sinar Kasih Ramadhan YBK 2025 yang diterima oleh Puan Nur Aishah iaitu Kotak Rezeki Yayasan Foodbank Malaysia dan produk Dutch Lady dapat menyuntik harapan, meringankan beban kewangan Ramadan keluarga ini dan memberi semangat untuk terus berjuang.
LEMBAH SUBANG, 28 Februari 2025 - Puan Noorazizah Mohd Yusoff, 47 tahun, seorang pengasuh kanak-kanak yang gigih, meneruskan hidup sebagai seorang balu sambil membesarkan empat anak yang berumur antara 14 hingga 22 tahun. Dengan pendapatan RM 1,000 sebulan, beliau berusaha keras untuk memenuhi keperluan asas keluarga. Dua anak sulungnya kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti, mencerminkan harapan dan impian yang terus hidup walaupun dalam keterbatasan.
Puan Noorazizah Mohd Yusoff, 47 tahun, seorang pengasuh kanak-kanak yang gigih, meneruskan hidup sebagai seorang balu sambil membesarkan empat anak yang berumur antara 14 hingga 22 tahun. Dengan pendapatan RM1000 sebulan, beliau berusaha keras untuk memenuhi keperluan asas keluarga. Dua anak sulungnya kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti, mencerminkan harapan dan impian yang terus hidup walaupun dalam keterbatasan.
LEMBAH SUBANG, 28 Februari 2025 - Encik Nor Azizi Rosli, 46 tahun, bekerja sebagai penghantar barangan Lalamove dengan pendapatan sekitar RM950 sebulan. Beliau menanggung isteri, Puan Siti Rohani, seorang suri rumah, serta lima orang anak yang berusia antara 6 hingga 16 tahun. Anak sulungnya, pasangan kembar, merupakan orang kurang upaya (OKU).
Kesemua anaknya bersekolah, dan keluarga ini tinggal di rumah sewa. Bagi menampung kehidupan, mereka menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Walaupun berdepan cabaran kewangan, Encik Nor Azizi tetap berusaha memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Sumbangan dalam program Sinar Kasih Ramadhan YBK 2025 berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan produk Dutch Lady telah diserahkan kepada Puan Siti Rohani.