SINAR KASIH RAMADHAN 2025 -Β Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad Syukry Ibrahim, Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. kerana turut bersama YBK bertemu 8 keluarga bagi menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR).

Beliau bersama para pegawai telah bersama Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding dan guru SK Sungai Serai menyerahkan sendiri sumbangan termasuk barangan Mamee kepada keluarga-keluarga miskin dan miskin tegar yang terpilih. Keluarga yang menerima adalah;


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Mansor Jaafar bekerja sendiri untuk menyara keluarga dengan pendapatan purata sekitar RM1,000 sebulan. Isteri beliau, Pn. Umi Salamah tidak bekerja. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah sumbangan NGO yang dibina di atas tanah kerajaan di Kampung Nurul Iman Hulu Langat. Enam orang anak pasangan ini masih belajar.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Encik Sulaiman Vernon dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), Cikgu Muhamad Fadzli Misman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Sungai Serai), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Azrul Haizad bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan, manakala isteri beliau, Puan Sutiah Salam memperoleh RM 800 sebagai pembantu tabika.

Dengan pendapatan yang 'cukup-cukup', pasangan ini perlu menanggung 3 orang anak dan komitmen seperti sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan. Tambahan pula, keluarga ini tidak menerima apa-apa bantuan daripada agensi.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Muhammad Azamuddin Azhar dan isteri, Puan Nabilah Mohd Akhir tidak dapat menahan rasa sebak apabila YBK dan Mamee menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada mereka - rasa terharu kerana masih ada yang peduli.

Encik Azamuddin tidak mampu lagi bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis kritikal yang membataskan pergerakan dan kudrat beliau. Tanggungjawab mencari sesuap nasi untuk keluarga kini dipikul oleh isteri beliau yang menjadi pemandu menghantar pelajar ke sekolah dengan pendapatan purata RM 1,300 sebulan.

Dua daripada 3 orang anak pasangan ini bersekolah, dan yang bongsu berumur 3 tahun - masih mentah untuk memahami kesusahan ibu bapanya. Mujur keluarga ini juga menerima bantuan daripada agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Bekerja sebagai penghantar makanan (rider), Encik Mohd Rozhi memperoleh sekitar RM 1,500 sebulan, dan dengan amaun ini beliau menanggung isterinya, Puan Nurul Hasnizawati dan 5 orang anaknya.

Tinggal menumpang di rumah pusaka, isteri beliau tidak bekerja, menjadikan beliau sahajalah tempat bergantung untuk belanja pakai keluarga. Empat orang anak pasangan ini masih bersekolah dan yang bongsu berumur setahun.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Muhammad Iszahar menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penghantar barangan (courier) di mana pendapatan beliau bergantung kepada tugasan (job) yang ditetapkan. Secara purata, pendapatan beliau menerima RM 1,300 sebulan.

Isteri beliau, Puan Syafiza Nadia tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Memiliki 3 orang anak yang masih belajar, keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa dengan kadar RM 650 sebulan, dan tidak mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana agensi.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Azwan Abdullah adalah seorang mualaf yang telah lama memeluk agama Islam. Membuat kerja-kerja sambilan untuk mencari pendapatan menanggung keluarga dengan purata pendapatan RM 500 sebulan.

Beliau tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja yang memerlukan kudrat tinggi kerana menghidapi masalah saraf jantung di samping sakit kencing manis dan darah tinggi. Tinggal di kediaman pusaka peninggalan arwah ibunya, isteri beliau, Puan Nurunaina Mohd Zahary @ Abdullah adalah suri rumah sepenuh masa. Kesemua tiga orang anak pasangan ini masih belajar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Encik Mazlan Ibrahim menanggung keluarga yang besar - 8 orang anak - di mana 6 masih belajar dan 2 orang di peringkat umur kecil.

Mujur beliau memiliki kemahiran melakukan pendawaian elektrik, dan berbekalkan ini, beliau memperoleh sekitar RM 1,500 sebulan untuk menafkahi keluarga. Beliau tidak mampu melakukan kerja-kerja yang memerlukan kudrat tinggi kerana telah melalui pembedahan angin pasang.

Isteri beliau, Puan Siti Syahara Zakarya tidak bekerja. Keluarga ini tinggal menyewa dengan kadar RM 600 sebulan, dan menerima bantuan daripada Lembaga Zakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.


HULU LANGAT, 11 Mac 2025 - Berbekalkan kemahiran pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan penghawa dingin yang dimiliki, Encik Abdul Hakim Rusli berupaya memperoleh sekitar RM 1,800 sebulan, dan pekerjaan beliau ini bergantung kepada permintaan.

Isteri beliau, Puan Siti Zainatul Asikin adalah suri rumah sepenuh masa, mengurus rumah tangga dan 4 orang anak mereka. Pasangan ini tinggal menyewa dengan kadar RM 500 sebulan, dan beban kewangan sedikit sebanyak diringankan melalui bantuan yang diterima daripada Lembaga Zakat. Anak-anak pasangan ini yang bersekolah dimasukkan ke pusat tahfiz.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Encik Ahmad Syukry Ibrahim (Pengarah Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd.), dan sukarelawan daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding.

Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;