PUTRAJAYA, 11 Mac 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman selaku Presiden merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia di pejabat beliau.

Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan kepada YBhg. Dato' Sri untuk bersama dalam program ini sebagai tetamu dan speaker. YBhg. Datin telah memberikan taklimat program kepada YBhg. Dato' Sri.

Turut bersama adalah ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN 2025 iaitu Puan Hjh Aida Murni Dato' Hj Ismail dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;