- Hit: 10
KELANA JAYA, 12 Mac 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 3/2025.
Walaupun dalam suasana berpuasa, karyawan yang hadir telah memberikan tumpuan dan penuh tekun kepada perkongsian yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir, ALPA YBK iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, dan mengikuti secara tele-sidang adalah Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib.
Dato' Pengerusi telah berkongsi berkenaan hikmah berpuasa dalam konteks melatih diri untuk lebih berdisiplin dan berhati-hati. Beliau juga menceritakan berkenaan manfaat berpuasa dan cabaran yang dihadapi untuk membangkitkan pertumbuhan peribadi dan pembangunan rohani.
Beliau juga memberikan contoh 'buah betik' yang nampak biasa tetapi boleh memberikan keuntungan jika kita tahu memanfaatkan setiap butir biji benihnya - seruan kepada karyawan untuk sentiasa berani mencuba dan mengkaji cara-cara baharu dan berteknologi yang boleh memberi manfaat kepada YBK.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz kemudiannya memberikan laporan gerak kerja YBK yang sedang berjalan untuk makluman ALPA YBK dan hadirin, khususnya program-program bulan Ramadan YBK.
Di samping itu, mesyuarat turut meraikan sambutan hari lahir untuk karyawan YBK yang lahir pada bulan Mac iaitu Encik Zulhairy, Puan Norleza, Puan Siti Rugayah dan Cik Nur Dianah.