KUALA LUMPUR, 13 Mac 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman selaku Presiden merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan UNITI.

Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan kepada Yayasan UNITI untuk bersama dalam program ini.

YBhg. Datin telah memberikan taklimat program kepada Ustaz Nu'man Hani Jamal (Pegawai Syariah dan Pengurus Projek) dan Puan Aisah Kairollah (Pengurus Kewangan) dan bertemu Dr. Syed Omar Syed Agil (Ketua Pegawai Eksekutif).

Turut bersama adalah ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN 2025 iaitu Cik Siti Khadijah Ariffin dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).

Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;