KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) berupa Kotak Rezeki Yayasan Food Bank Malaysia kepada 9 keluarga di Majlis Iftar Jama'ie anjuran SK Cheras Indah.

Serahan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK kepada 9 ketua keluarga yang hadir, dan disaksikan oleh Puan Rafeah Alwi (Guru Besar) dan Guru-Guru Penolong Kanan.

Pengurus Besar YBK turut diberikan ruang untuk memberikan taklimat berkenaan YBK dan program-program yang ditawarkan kepada guru-guru, ibu bapa dan tetamu yang hadir. Pemilihan keluarga yang menerima ini telah dilaksanakan oleh Puan Hazliyana Bujang, Sukarelawan YBK merangkap guru dalam Jawatankuasa Sumbangan Asnaf/Yatim program ini

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;