- Hit: 9
PUTRAJAYA, 24 Mac 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman selaku Presiden WEF ASEAN 2025 dan merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBhg. Datuk Dr. Suhana bt Md Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro, Kementerian Ekonomi Malaysia.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan kepada beliau untuk bersama dan menjadi speaker dalam program ini.
Turut bersama adalah ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN 2025 iaitu Puan Aida Murni Ismail, Puan Malynda Tan, Cik Siti Khadijah Ariffin, dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan).
Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.