SINAR KASIH RAMADHAN 2025 - Seramai 8 buah keluarga di kawasan Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu di dalam daerah Hulu Selangor yang berdaftar dengan E-Kasih telah terpilih untuk menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan untuk tahun ini. Setiap keluarga terpilih telah menerima Kotak Makanan sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor). Serahan telah dilaksanakan oleh Puan Nurfadilah Ibrahim (Pengurus Akademi Kemahiran YBK Gesir) bersama pegawai beliau, Cik Raudah Zakaria. Keluar yang menerima adalah;


RASA, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Puan Zuliana binti Berkawi yang menetap di alamat No.22 Jalan TRU3 Taman Rasa Utama, Rasa, Kuala Kubu Bharu.

Beliau tidak bekerja dan merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Suami beliau Encik Aan Gunaifi Bin Nizarwan bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan. Keluarga ini turut mendapat bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor dan JKM. Puan Zuliana mempunyai 7 orang anak dan 6 daripadanya masih bersekolah.

Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM). Semoga dengan sumbangan ini keluarga Puan Zuliana dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.


HULU BERNAM, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan SKR 1446H / 2025H disampaikan kepada Encik Samsul bin Taharudin yang menetap di No. 53 Jln Danau 6, PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Hulu Selangor.

En. Samsul menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu safeguard dengan pendapatan sekitar RM 1,700 sebulan. Isteri beliau, Pn. Roszainatun turut meringankan beban suami bekerja sebagai pembantu kedai di R&R yang berdekatan dengan rumah. Encik Samsul mempunyai 6 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah. Keluarga ini mendapat bantuan barangan asas makanan secara bulanan daripada LZS.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM).

Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Samsul dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.


HULU BERNAM, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan dan diterima oleh isteri Encik Shahrizal Bin Saidin di alamat No.12 Jalan Samudera 1A Taman Samudera, Hulu Bernam.

Encik Shahrizal bekerja sebagai Jurukimpal di bengkel yang berdekatan dengan rumah. Dengan pendapatan sekitar RM 1500 beliau perlu membayar sewa rumah RM 600 sebulan. Isteri Pn. Siti Khadijah Binti Dahari merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.Encik Shahrizal mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Keluarga ini mendapat bantuan persekolahan anak daripada Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM). Semoga dengan sumbangan ini keluarga Encik Shahrizal dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.


KUALA KUBU BHARU, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Puan Masririah Binti Idris yang menetap di alamat No.27 Jalan Seruling 18 Taman Seruling, KKB.

Puan Masririah telah berpisah dengan suami dan merupakan ketua keluarga untuk membesarkan kesemua anak-anaknya. Beliau berniaga makanan secara kecil-kecilan bergantung pada tempahan dan tiada pendapatan tetap. Mempunyai 7 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah.

Keluarga ini tinggal di kediaman sewa dengan bayaran RM 600 sebulan. Puan Masririah mendapat bantuan daripada LZS sebanyak RM 650 secara bulanan

Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM). Semoga dengan sumbangan ini keluarga Puan Masririah dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.


HULU BERNAM, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan dan diterima oleh isteri Encik Suhaimi Bin Amir Mohamed di alamat PT. 849 Jalan Ramli, Rumah Awam 2, Hulu Bernam.

Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Universiti Perguruan Sultan Idris dengan pendapatan sekitar RM 2691 sebulan. Isteri beliau Pn. Noorfah Binti Mohd Ramli merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Encik Suhaimi mempunyai 5 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah - 2 orang di SK Methodist, 2 orang lagi di Politeknik Kuantan & SMKA Kuala Lipis.

Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM). Semoga dengan sumbangan ini keluarga Encik Suhaimi dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.


HULU BERNAM, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan dan diterima oleh anak Encik Zaini Bin Rafin di alamat No.33 Jalan Kemudi 2B Taman Bernam Jaya, Kalumpang Hulu Bernam.

Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM 1700 sebulan. Isteri Pn. Norhaini Binti Mohamad bekerja sambilan di kedai makan Tanjung Malim dengan upah RM 50 sehari. Encik Suhaimi mempunyai 6 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah. ( Giat Mara Slim River (1), SMK Methodist (1), SK Hulu Bernam (2) & Pra UKM (1)).

Keluarga ini juga mendapat bantuan persekolahan anak daripada Lembaga Zakat Selangor

Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM). Semoga dengan sumbangan ini keluarga Encik Zaini dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.


RASA, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan dan diterima oleh isteri Encik Mohamad Idris Bin Ali yang menetap di alamat No.1 Jalan Besar Kg Sekolah, Rasa. Hulu Selangor.

Beliau bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel dengan pendapatan sekitar RM 950 sebulan. Sejak mempunyai masalah kesihatan pada paru-paru (COPD) kesan daripada persekitaran kerja serta bahan chemical beliau kerap sakit dan tidak dapat bekerja. Namun begitu, beliau juga membuat kerja mesin rumput untuk menambah pendapatan sampingan. Isteri Pn. Norlela Binti Samad mengambil upah memasak cikgu dengan upah RM 27 sehari. Encik Idris mempunyai 7 orang anak dan 6 daripadanya masih bersekolah.

Keluarga ini mendapat bantuan dari JKM untuk persekolahan anak & Lembaga Zakat Selangor. Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM).


RASA, 22 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 telah disampaikan dan diterima oleh isteri Encik Roslee Bin Mohd Yusof yang menetap di Lot 432 Jalan Kejora 1 Kg Melayu Rasa Tambahan. Hulu Selangor.

Beliau berhenti bekerja atas faktor kesihatan kerana disahkan menghidap sakit jantung & telah menjalani pembedahan pasang bateri pada jantung. Perbelanjaan bulanan bergantung duit pencen ilat sekitar RM 550 dan kerja kampung dengan pendapatan tidak tetap. Isteri Pn. Norhafizah Binti Rahmat tidak bekerja. Encik Roslee mempunyai 8 orang anak dan 6 daripadanya masih bersekolah. Beliau sekeluarga tinggal menumpang dirumah mertua.

Keluarga ini juga mendapat bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor. Sumbangan SKR adalah daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM).

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;