- Hit: 32
PUTRAJAYA, 14 April 2025 - Jawatankuasa Penganjur Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 yang diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman selaku Presiden WEF ASEAN 2025 dan merangkap Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat bertemuย YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di pejabat beliau di sini.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan berkenaan program WEF ASEAN 2025 dan menyampaikan jemputan rasmi kepada beliau untuk bersama dalam program ini.
Turut bersama adalah ahli jawatankuasa penganjur WEF ASEAN 2025 iaitu YBhg. Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan, Cik Nur Shafiqah Sunazman, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK), juga Puan Halimatan Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).
Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.