KELANA JAYA, 10 September 2025 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan September telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK pada jam 11 pagi. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, yang menggariskan status pelaksanaan program serta perancangan aktiviti sepanjang bulan ini.

Hadirin turut mendengar perkongsian YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK, yang kini bermusafir menghadiri program luar negara. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, yang menegaskan bahawa setiap pegawai berpotensi besar menjadi tonggak penting dalam organisasi. Beliau menekankan kekuatan YBK bukan sahaja pada sejarah penubuhan, malah pada dedikasi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan seluruh karyawan.

Dato’ Haji Zainal turut mengingatkan kepentingan perancangan jelas melalui pemetaan jadual acara ke dalam kalendar rasmi agar semua karyawan peka dengan agenda organisasi. Beliau menyeru setiap idea yang lahir daripada karyawan dibawa ke meja perbincangan, kerana setiap cadangan walaupun kecil mampu memberi nilai besar sekiranya diperkukuh dengan kerjasama erat.

Mengakhiri ucapannya, beliau menekankan kursus-kursus akan datang harus menekankan pembinaan hubungan kerjasama. Turut hadir ialah Ketua Jabatan, karyawan YBK, wakil Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, yang menyertai sesi secara dalam talian.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


KELANA JAYA, 10 September 2025 – The September edition of the Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at the YBK Headquarters at 11 a.m. The meeting began with a report presentation by YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, outlining the current status of program implementation and upcoming activities planned for the month.

Attendees also listened to a sharing session by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, YBK’s Administrative Advisor, who is currently abroad attending an international program. The meeting proceeded with remarks from YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, who emphasized that every officer holds great potential to become a vital pillar of the organization. He highlighted that YBK’s strength lies not only in its founding legacy but also in the dedication of its Board of Trustees and all staff members.

Dato’ Haji Zainal also reminded everyone of the importance of clear planning by mapping out events in the official calendar to ensure all personnel remain aware of organizational priorities. He encouraged all ideas—regardless of how small—to be brought to the table for discussion, as any suggestion can bring significant value when strengthened through teamwork.

In closing, he stressed that upcoming training courses should prioritize the development of collaborative relationships.

Also present were department heads, YBK staff, representatives from Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd, and members of the Board of Trustees, Mr. Zulhairy Jalaluddin and Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad, who joined the session online.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;