KEMAMAN, 3 November 2025 - Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK telah mengadakan lawatan kerja di negeri Terengganu, dengan destinasi pertama adalah kunjungan hormat ke FELDA Neram Satu.

Kunjungan hormat ini adalah bagi membalas kunjungan dari pihak FELDA Neram Satu yang hadir melaksanakan program CSR di Asrama Kasih YBK Jambor Sakti pada 19 Oktober yang lepas, di samping untuk melihat projek-projek pertanian yang dilaksanakan di FELDA Neram Satu.

Turut bersama dalam delegasi YBK adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), dan juga wakil rakan strategik YBK iaitu Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor.

Delegasi YBK telah diraikan oleh komuniti FELDA Neram Satu yang diketuai oleh Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Sarwan Shaari (Penolong Pengarah mewakili Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Terengganu), Encik Muhammad Amir Imran Adnan (Penghulu Mukim Hulu Jabor), Encik Abdul Aziz Ibrahim (Ketua Peneroka FELDA Neram 1).

Antara projek pertanian yang dilawati adalah tanaman cendawan, cili fertigasi menggunakan teknologi IOT, ternakan ikan keli dan tilapia, dan semaian sayuran secara hidroponik.

Dato' Zainal dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada komuniti FELDA Neram Satu atas sambutan yang diberikan, dan berharap kerjasama strategik bersama YBK akan diperkasakan dalam aspek perkongsian ilmu dan program untuk manfaat bersama.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;