KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) UMT - Universiti Malaysia Terengganu bagi meneroka potensi kerjasama dalam program berimpak khususnya dalam bidang pertanian.

YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah mengetuai delegasi YBK bersama-sama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Turut bersama, rakan strategik YBK iaitu Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli, dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor.

Delegasi YBK telah mendengar taklimat berkenaan latar belakang UMT, dan projek-projek pemindahan ilmu yang sedang dijalankan oleh PPIJIM UMT bersama komuniti. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Ezmahamrul Afreen Awalludin (Timbalan Pengarah - Pemindahan Ilmu Dan Masyarakat) dan YBrs. Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu).

Kemudian delegasi YBK telah dibawa ke beberapa tapak projek seperti ternakan madu kelulut, akuakultur ikan keli dan tanaman, dan sistem akuaponik yang dibangunkan oleh UMT.

Kunjugan hormat ini merupakan salah satu pengisian Lawatan Kerja YBK ke Terengganu dengan objektif untuk memperkukuh ekosistem pembangunan komuniti berasaskan ilmu, kemahiran dan inovasi, khususnya dalam bidang agroteknologi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;