Batang Kali - Sesungguhnya setiap orang Islam itu adalah bersaudara dan dituntut untuk saling membantu. Atas dasar tersebut, YBK bersama dengan Jaksa Pendamai Hulu Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada keluarga mualaf orang asli di Kampung Orang Asli Gurney, Batang Kali. Keluarga mualaf orang asli menjadi fokus kerana sebilangan besar daripada mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan di samping kurang mendapat perhatian masyarakat umum.

Sumbangan adalah berupa barangan keperluan harian dan diserahkan kepada 14 keluarga mualaf orang asli. Sumbangan disampaikan sendiri oleh YBhg Dato' Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK dan dibantu oleh ahli Jaksa Pendamai Hulu Selangor yang hadir. Di samping itu, tinjauan turut dilakukan di rumah penduduk dan sekitar kampung untuk mengenalpasti potensi dan ruang yang sesuai untuk membantu masyarakat orang asli di kampung tersebut di masa hadapan.

Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan satu motivasi kepada keluarga mualaf tersebut dan menunjukkan betapa Islam itu indah dan amat menitikberatkan konsep saling membantu dan bekerjasama dalam masyarakat.

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;