- Hit: 10
KELANA JAYA, 21 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). YPKT adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah kerajaan negeri Terengganu.
Delegasi YBKT yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain (Timbalan Pengarah, Pengurusan) telah disambut oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), yang turut menyampaikan salam daripada Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.
Taklimat berkenaan YBK telah disampaikan kepada delegasi YPKT diikuti dengan sesi perbincangan berkenaan ruang-ruang kerjasama dan pertukaran ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua organisasi. Beberapa potensi kerjasama telah dikenal pasti, antaranya berkenaan program motivasi NLP untuk keluarga, model 'Home Manager' bagi melahirkan peluang pekerjaan, dan pelbagai lagi yang akan diperhalusi di peringkat pengurusan.
Turut hadir dalam sesi dari YBK adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan merangkap Pengetua Asrama Kasih YBK), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Antara pengurusan kanan YPKT yang hadir adalah Tuan Haji Nazri Yusoff (Timbalan Pengarah, Program), Tuan Haji Abd Ghafar Mamat (Ketua Pen. Pengarah, Perancangan, Inovasi & Korporat), Tuan Haji Mohd Fauzy Abd Ghani (Ketua Pen. Pengarah, TASKA), dan Puan Siti Khatijah Sapei (Ketua Pen. Pengarah, Sosio Ekonomi).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
COURTESY VISIT FROM YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU
KELANA JAYA, 21 November 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a courtesy visit from Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), a statutory body under the Terengganu state government.
The YPKT delegation, led by Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain (Deputy Director, Management), was welcomed by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), who also conveyed greetings on behalf of YBK Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.
A briefing on YBK was presented to the YPKT delegation, followed by a discussion on potential areas of collaboration and knowledge exchange between the two organisations. Several possibilities were identified, including NLP motivation programs for families, the ‘Home Manager’ model for creating job opportunities, and several other initiatives to be refined at the management level.
Also present from YBK were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Manager of Education, Human Capital & Research and Principal of Asrama Kasih YBK), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager).
Senior representatives from YPKT who attended included Tuan Haji Nazri Yusoff (Deputy Director, Programs), Tuan Haji Abd Ghafar Mamat (Chief Assistant Director, Planning, Innovation & Corporate), Tuan Haji Mohd Fauzy Abd Ghani (Chief Assistant Director, TASKA), and Puan Siti Khatijah Sapei (Chief Assistant Director, Socio-Economics).
