- Hit: 27
SERENDAH, 18 Januari 2026 - Suasana penuh kemeriahan dan semangat perpaduan jelas dirasai dalam Majlis Jamuan Yee Sang yang berlangsung di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), di sini, pada Ahad. Majlis dianjurkan bagi memberi pendedahan budaya serta memupuk nilai keharmonian. Program ini turut mendapat sokongan padu para penyumbang yang prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan sahsiah pelajar.
Antara penaja yang hadir ialah Puan Lyn Siew bersama keluarga dari Syarikat Ruyi Restoran yang telah menaja sebanyak 25 pek Yee Sang. Big Onion Catering pula menyumbangkan makanan tengah hari, manakala Casey Seow dan keluarga menyampaikan sumbangan makanan ringan kepada para pelajar. Ucapan aluan disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah yang mewakili YBhg. Dato’ Pengerusi YBK serta Datin Pengerusi Asrama Kasih YBK, sambil merakamkan penghargaan atas kehadiran dan sokongan para penyumbang. Puan Lyn Siew turut berkongsi penerangan mengenai adat serta cara menikmati Yee Sang mengikut tradisi masyarakat Cina, sekali gus memberi pengalaman pembelajaran silang budaya kepada para pelajar.
Sebagai penutup, Puan Lyn Siew menyampaikan duit 'angpau' kepada semua pelajar, sekali gus menceriakan lagi suasana. Para penyumbang melahirkan rasa gembira dapat bersama anak-anak ASKA YBK dan menyatakan kesediaan untuk terus menyokong program ASKA YBK pada masa hadapan.
- Berita disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YEE SANG LUNCHEON STRENGTHENS UNITY AT ASRAMA KASIH
SERENDAH, 18 January 2026 – A lively atmosphere filled with the spirit of unity was clearly felt during the Yee Sang Luncheon held at Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) here on Sunday.
The event was organized to provide cultural exposure and to nurture values of harmony among the students. The program also received strong support from contributors who are deeply concerned about the welfare and character development of the students.
Among the sponsors present was Ms. Lyn Siew and her family from Ruyi Restaurant, who sponsored 25 sets of Yee Sang. Big Onion Catering contributed lunch for the event, while Casey Seow and family donated snacks to the students. A welcoming address was delivered by Ms. Halimaton Saadiah, representing YBhg. Dato’, Chairman of YBK, and the Chairperson of Asrama Kasih YBK, during which she expressed heartfelt appreciation for the presence and support of the contributors. Ms. Lyn Siew also shared an explanation of the customs and proper way of enjoying Yee Sang according to Chinese tradition, providing the students with a meaningful cross-cultural learning experience.
As a closing gesture, Ms. Lyn Siew presented “angpau” (red packets) to all students, further enlivening the atmosphere. The contributors expressed their happiness at being able to spend time with the ASKA YBK students and conveyed their willingness to continue supporting ASKA YBK programs in the future.
— News prepared by the Media Unit of Asrama Kasih YBK Serendah.
