SERENDAH, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melaksanakan Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan 1447H/2026M dengan menyantuni empat (4) keluarga miskin tegar di sekitar daerah Hulu Selangor.

YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan) telah meluangkan masa hadir bersama menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga ini. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, wakil penyumbang dan penaja, wakil media, karyawan dan sukarelawan YBK.

Setiap keluarga telah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) berupa wang tunai untuk keperluan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Penyampaian dilakukan secara lafaz berakad dengan menyebutkan nama penyumbang dan barangan yang diterima oleh keluarga berkenaan.

Keluarga-keluarga ini juga menerima ‘Kotak Rezeki’ yang mengandungi barangan keperluan asas sumbangan Icu Jpm Selangor bernilai RM150, dan barangan daripada penaja iaitu Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

Program ziarah ini juga menandakan bermulanya penyampaian sumbangan kepada para penerima SKR yang terpilih oleh karyawan YBK, dan penyampaian fasa 1 dijangka selesai pada minggu pertama Ramadan. YBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang individu dan organisasi yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam program SKR.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


SINAR KASIH RAMADHAN VISIT 1447H / 2026M – HULU SELANGOR

SERENDAH, 16 February 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) carried out the Sinar Kasih Ramadhan 1447H/2026M Visit Programme, reaching out to four (4) hardcore poor families in the Hulu Selangor district.

YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK) and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of the Sinar Kasih Ramadhan Programme) were present to personally deliver the contributions to the families. Also in attendance were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), representatives from the Selangor State Development Office (ICU Selangor), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, donors and sponsors, media representatives, as well as YBK staff and volunteers.

Each family received Sinar Kasih Ramadhan contributions from YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Founder of YBK) in the form of cash assistance for iftar and sahur needs throughout the month of Ramadan. The presentation was conducted through a formal declaration (akad), stating the donor’s name and the items received by the respective families.

The families also received a “Kotak Rezeki” (Blessings Box) containing essential food items worth RM150 contributed by ICU JPM Selangor, along with additional items sponsored by Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (Brahim’s brand products), Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd., Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, the Centre for Community Engagement & Industry Networking of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), and Coca-Cola Malaysia.

This visit programme also marked the commencement of contribution distribution to selected SKR recipients by YBK staff, with Phase 1 distribution expected to be completed in the first week of Ramadan. YBK extends its highest appreciation to all individual and organizational donors who have contributed directly or indirectly to the SKR programme.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;