SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 9 buah keluarga di daerah Sabak Bernam, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Puan Nurfadilah Ibrahim (Pengurus Akademi Kemahiran YBK) bersama-sama Cik Raudah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus, Akademi Kemahiran YBK).

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan misi bantuan di bawah program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) dengan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Abdul Rashid bin Khairudin yang tinggal di Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar.

Encik Abdul Rashid bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan bagi menyara keluarganya yang terdiri daripada enam orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Mariatul Adawiyah, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mereka dikurniakan empat orang anak – dua masih bersekolah dan dua lagi belum mencapai usia persekolahan (masing-masing berumur satu dan dua tahun).

Keluarga ini tergolong dalam kategori Asnaf Miskin dan turut menerima bantuan sewa rumah bulanan sebanyak RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Cabaran hidup utama keluarga ini termasuklah kos sara hidup yang semakin meningkat serta keperluan anak-anak kecil yang masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU) telah disampaikan oleh Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam, Puan Nurfadilah, dengan sumbangan tajaan daripada Coca-Cola Malaysia. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persediaan awal menyambut bulan mulia itu nanti.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Azmi bin Rosid yang merupakan penerima asnaf miskin di Kampung Parit 13, Sungai Panjang.

Encik Azmi bekerja di sektor swasta dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan untuk menyara tujuh ahli keluarga. Isteri beliau, Puan Norfarazika Amira, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menumpukan perhatian kepada empat orang anak, termasuk dua yang masih bersekolah dan dua lagi masih kecil berumur satu dan dua tahun.

Keluarga ini turut memikul tanggungjawab menjaga ibu penerima yang tidak bekerja dan menerima bantuan bulanan antara RM300 hingga RM400 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, pendapatan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas keluarga besar yang bergantung sepenuhnya kepada ketua keluarga.

Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 sumbangan daripada Coca-Cola Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka beserta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor ) telah disampaikan oleh Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam, Puan Nurfadilah.
Majlis ringkas itu berlangsung di hadapan kediaman penerima dalam suasana penuh syukur dan rasa terharu. Encik Azmi menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak YBK serta penyumbang yang hadir membantu meringankan beban keluarga menjelang ketibaan Ramadan.

Sumbangan ini diharap memberi sedikit sinar dan semangat baharu kepada keluarga beliau untuk menyambut bulan penuh keberkatan yang bakal tiba tidak lama lagi.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Mohd Fairuz bin Mohd Shaim di Taman Cahaya, Sungai Besar, di bawah kluster daerah Sabak Bernam.

Encik Mohd Fairuz bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan bagi menyara keluarga seramai tujuh orang. Isteri beliau, Puan Noor Azlina binti Ibrahim, merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak — empat bersekolah dan seorang masih kecil berusia dua tahun. Walaupun mempunyai keupayaan bekerja, pendapatan tidak menentu menjadikan keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin. Mereka turut menjaga ibu penerima yang tidak bekerja dan menerima bantuan bulanan antara RM300 hingga RM400 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM300 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, telah disampaikan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Sabak Bernam) dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman penerima. Selain sumbangan tunai, keluarga ini turut menerima Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).
Majlis penyerahan berjalan lancar dan berlangsung penuh rasa syukur. Encik Mohd Fairuz melalui isterinya menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebajikan golongan asnaf dan berharap usaha ini terus diteruskan bagi membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan luar bandar.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan tanggungjawab sosialnya dengan menyampaikan bantuan kepada keluarga Encik Kamal bin Sidek, yang menetap di Kampung Parit 19, Sungai Panjang.

Encik Kamal bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,618 sebulan bagi menampung kehidupan keluarganya yang terdiri daripada enam orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Razizatull Akhma binti Packhari Rull Razi, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menguruskan keluarga dan anak-anak tanpa pendapatan tetap. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak, tiga daripadanya masih bersekolah di peringkat menengah dan rendah, manakala seorang lagi belum bersekolah berusia tiga tahun. Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan turut menerima bantuan bulanan RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) termasuk bantuan persekolahan tahunan untuk anak-anak mereka.

Selain beban kewangan, Encik Kamal juga menghadapi cabaran kesihatan keluarga apabila dua orang anaknya menghidap penyakit asma dan perlu mendapat rawatan berkala di klinik serta hospital kerajaan.

Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disampaikan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam suasana penuh kesyukuran di kediaman penerima.

Bantuan yang dihulurkan diharapkan dapat meringankan beban keluarga dalam menjalani persiapan awal menyambut bulan Ramadan serta membantu menampung keperluan asas harian.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Sebagai usaha berterusan membantu masyarakat berpendapatan rendah di Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan satu lagi siri penyerahan di bawah program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) kepada keluarga Encik Mohammad Hairi bin Adol yang menetap di Kampung Parit 3½ Barat, Sungai Besar.

Encik Mohammad Hairi bekerja sendiri dengan pendapatan purata RM1,618 sebulan, menyara keluarga besar seramai sembilan orang. Isteri beliau, Puan Suhaila binti Sanusi, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menumpukan perhatian kepada pengurusan rumah tangga serta pendidikan anak-anak. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, terdiri daripada pelajar di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan bulanan sebanyak RM700 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), di samping bantuan persekolahan tahunan yang diberikan kepada anak-anak mereka. Beban kewangan keluarga besar ini agak berat kerana keperluan harian dan kos pendidikan anak-anak semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam). Sumbangan ini bertujuan membantu keluarga asnaf membuat persediaan awal menjelang bulan Ramadan dan meringankan kos barangan keperluan asas seisi rumah. Encik Mohammad Hairi melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak YBK, ICU Selangor serta Coca-Cola Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan di daerah Sabak Bernam dengan penyampaian bantuan kepada keluarga Encik Mohd Faizul bin Mohd Radzi @ Amir, yang bertempat di Kampung Parit 18, Sungai Besar.

Encik Mohd Faizul bekerja di sektor swasta dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan untuk menyara keluarganya yang besar terdiri daripada 10 orang isi rumah. Isteri beliau, Puan Raja Norazianti binti Raja Abdullah, merupakan suri rumah yang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, termasuk enam orang masih bersekolah dan seorang masih kecil belum memulakan persekolahan.

Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan turut menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menampung keperluan asas serta bantuan persekolahan anak-anak setiap tahun. Kos hidup yang tinggi serta keperluan pendidikan untuk anak-anak merupakan antara cabaran utama keluarga besar ini.

Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia, berserta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam majlis ringkas penuh rasa kesyukuran di kediaman penerima.

Bantuan yang diterima diharapkan dapat membantu ringankan beban keluarga ini dalam membuat persiapan awal menjelang bulan Ramadan serta menambah keperluan dapur keluarga. Encik Mohd Faizul menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak YBK, ICU Selangor serta Coca-Cola Malaysia atas keprihatinan terhadap masyarakat berpendapatan rendah.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada Puan Noraini binti Lup, yang menetap di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar.

Puan Noraini merupakan ibu tunggal yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan membuat biskut raya secara tempahan bagi menampung kehidupan seharian. Pendapatan purata beliau sekitar RM2,540 sebulan, digunakan untuk menyara sembilan orang ahli keluarga, termasuk tujuh orang anak yang masih bersekolah serta seorang anak kecil berusia tiga tahun yang belum memulakan persekolahan.

Beliau tergolong dalam kategori asnaf miskin, menerima bantuan bulanan sebanyak RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta bantuan sewa rumah RM500 sebulan yang membantu meringankan beban sara hidup. Menurut Puan Noraini, cabaran utama beliau adalah menanggung perbelanjaan harian yang tinggi dan keperluan pendidikan anak-anak. Tambahan pula, anak kelima beliau menghidap bibir sumbing dan memerlukan rawatan susulan secara berkala.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan) disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam).

Keluarga ini turut menerima Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) yang mengandungi pelbagai barang makanan asas bagi kegunaan sepanjang bulan Ramadan. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga serta membolehkan mereka membuat persediaan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program tahunan Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan di Daerah Sabak Bernam dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga Encik Suhaimi bin Jamhari yang tinggal di Kampung Parit 3 Timur, Sungai Besar.

Encik Suhaimi bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan bagi menyara keluarga besar seramai sembilan orang. Isteri beliau, Puan Noor Azizan binti Mohd Khalil, merupakan suri rumah yang menjaga rumah tangga sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, termasuk enam orang yang masih bersekolah serta seorang anak angkat berusia tujuh tahun.

Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan bulanan sebanyak RM700 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kos pendidikan anak-anak serta perbelanjaan harian yang semakin meningkat merupakan antara cabaran utama keluarga ini. Namun begitu, semangat mereka untuk meneruskan kehidupan dengan harmoni dan berusaha mencari rezeki patut dicontohi.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam suasana sederhana tetapi penuh kesyukuran.

Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga Encik Suhaimi dalam menguruskan keperluan asas dan persediaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.


SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terus menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf yang memerlukan di daerah Sabak Bernam. Antara penerima kali ini ialah Encik Mohd Noorazli bin Mohd Yusoff yang menetap di Kampung Parit 6 Barat, Sungai Besar.

Encik Mohd Noorazli bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,550 sebulan, menyara keluarga besar berjumlah 11 orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Roha binti Shahabuddin, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menguruskan keperluan sembilan orang anak — termasuk lima yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT), dua di sekolah menengah, dan dua di sekolah rendah.

Keluarga ini baru sahaja berpindah dari Kampung Sungai Haji Dorani kira-kira sebulan lalu dan kini menetap di rumah sewa. Mereka tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan merupakan penerima bantuan awal persekolahan RM850 setahun serta bantuan sewa rumah RM500 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Penyerahan bantuan dilakukan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dan melibatkan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga besar ini menguruskan keperluan harian dan persediaan menjelang Ramadan, khususnya dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mereka yang ramai masih menuntut di sekolah dan universiti.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;