- Hit: 6
SERENDAH, 16 Mei 2026 – Program Eye Screening & Motivation Talk bertemakan “Adab Dulu, Baru Berjaya” telah berlangsung dengan jayanya di Asrama Kasih YBK Serendah menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan beberapa rakan kolaborasi, termasuk Rotary International dan Yes Optical NSK Rawang.
Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan penghuni asrama, di samping memberikan suntikan motivasi serta menerapkan nilai adab, disiplin dan pembentukan sahsiah sebagai asas penting ke arah kejayaan dalam kehidupan.
Antara pengisian utama program ialah pemeriksaan mata percuma yang disediakan kepada para pelajar bagi membantu mengesan sebarang masalah penglihatan pada peringkat awal. Selain itu, sesi ceramah motivasi turut diadakan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pembentukan karakter, amalan hormat-menghormati, disiplin diri serta tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dr. Hajah Norashekin binti Haji Daud, Pengerusi Parlimen Tampin NGO BARA Malaysia merangkap Exco Tugas Khas Presiden NGO BARA Malaysia, yang telah menyampaikan sesi motivasi kepada para pelajar. Dalam perkongsian beliau, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan adab sebagai tunjang utama dalam mencapai kecemerlangan akademik, pembangunan sahsiah dan kejayaan masa depan.
Pihak Asrama Kasih YBK Serendah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Komitmen dan sumbangan yang diberikan mencerminkan semangat kebersamaan dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan generasi muda. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi yang sihat, berakhlak mulia, berdisiplin dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi YBK untuk membangunkan masyarakat yang cemerlang dan sejahtera.
Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Serendah
EYE SCREENING AND MOTIVATIONAL TALK PROGRAM AT ASRAMA KASIH YBK SERENDAH
SERENDAH, 16 May 2026 – The Eye Screening & Motivation Talk Program, themed “Adab Dulu, Baru Berjaya” (Character First, Then Success), was successfully held at Asrama Kasih YBK Serendah through a strategic collaboration between Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and several partner organizations, including Rotary International and Yes Optical NSK Rawang.
The program was organized to raise awareness of the importance of eye health care among hostel residents, while also providing motivation and instilling values of good character, discipline, and personal development as essential foundations for success in life.
One of the key components of the program was a free eye screening service for students, aimed at identifying potential vision problems at an early stage. In addition, a motivational talk was conducted, emphasizing the importance of character building, mutual respect, self-discipline, and personal responsibility in everyday life.
The program was further enhanced by the presence of Dr. Hajah Norashekin binti Haji Daud, Chairperson of the Tampin Parliamentary NGO BARA Malaysia and Special Duties Executive Committee Member to the President of NGO BARA Malaysia, who delivered the motivational session to the students. During her presentation, participants were given valuable insights into the importance of good character and manners as the cornerstone of academic excellence, personal development, and future success.
The management of Asrama Kasih YBK Serendah extends its highest appreciation and gratitude to all parties who contributed their support and cooperation in making the program a success. Their commitment and contributions reflect a strong spirit of collaboration in empowering the development of the younger generation.
It is hoped that similar programs will continue to be organized in the future to nurture a generation that is healthy, well-mannered, disciplined, and competitive, in line with YBK’s aspiration of building an excellent and prosperous society.
