- Hit: 10
MEDAN (INDONESIA), 11 Ogos 2026 - Undangan Institut Bisnis dan Komputer (IBK) Indonesia kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom untuk menyampaikan syarahan khas telah mengimbau semula peristiwa 12 tahun yang lalu di mana beliau telah menjejak kaki di sini merasmikan Gedung Kampus Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (LMII), Indonesia.
Hari ini di hadapan lebih 200 mahasiswa ambilan baru (Tahun Akademik 2026/2027) bersama para pensyarah dan pegawai IBK Indonesia, YBhg. Dato' Zainal telah menyampaikan syarahan bertajuk "IBUMU" iaitu satu falsafah yang beliau terapkan kepada warga YBK. Jumlah mahasiswa IBK Indonesia secara keseluruhannya berjumlah hampir 1,000 orang. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan dan Presiden G100 Global Club), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), YBrs. Prof. Dr. Togu Harlen Lumban Raja (Pengasas Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia - YLMI) dan YBrs. Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, M.Si, (Ketua YLMI).
IBUMU merupakan akronim kepada 'Ilmu', 'Budaya' dan 'Mutu' yang merangkumi gagasan atau falsafah di mana 'Ilmu' membina cara kita berfikir, 'Budaya' membentuk sikap dan 'Mutu' membawa erti melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab walaupun tanpa pujian dan perhatian. Gabungan ketiga-tiga intipati 'tonggak' ini akan membentuk individu yang progresif, dinamik dan berdisiplin dalam hidup. Beliau juga telah memberikan contoh kejayaan usahawan Malaysia terkenal, Saudara Khairul Aming sebagai suri teladan (role model) individu yang secara konsisten membangunkan jenama sendiri sehingga mencipta kejayaan dalam dunia keusahawanan. YBhg. Dato' Zainal menegaskan bahawa anak muda tidak perlu menunggu menjadi “orang besar” untuk memulakan sesuatu yang besar.
Syarahan ini merupakan sebahagian pengisian program "Kuliah Umum" yang bertemakan "Membangkitkan Motivasi Mahasiswa Untuk Meraih Masa Depan Yang Gemilang".
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
DATO' ZAINAL ABIDIN SAKOM’S LECTURE TO IBK INDONESIA STUDENTS RECALLS A VISIT 12 YEARS AGO
MEDAN, INDONESIA, 11 August 2026 – An invitation from Institut Bisnis dan Komputer (IBK) Indonesia for YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), to deliver a special lecture brought back memories of his visit to the institution 12 years ago, when he was here to officiate the opening of the campus building of Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (LMII), Indonesia.
Today, before more than 200 newly enrolled students for the 2026/2027 academic year, together with lecturers and officers from IBK Indonesia, Dato' Zainal delivered a lecture titled “IBUMU”, a philosophy that he has embraced and applied within YBK. IBK Indonesia has a total student population of nearly 1,000 students.
Also present were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), and President of the G100 Global Club; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; Prof. Dr. Togu Harlen Lumban Raja, Founder of Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia (YLMI); and Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, M.Si., Chairperson of YLMI.
IBUMU is an acronym for “Ilmu” (Knowledge), “Budaya” (Culture), and “Mutu” (Quality), representing a philosophy in which knowledge shapes the way we think, culture shapes our attitudes, and quality means carrying out our responsibilities wholeheartedly, even without praise or recognition. The combination of these three core pillars helps shape individuals who are progressive, dynamic, and disciplined in life.
Dato' Zainal also highlighted the success of renowned Malaysian entrepreneur Khairul Aming as a role model, particularly for his consistent efforts in building his own brand and achieving success in the world of entrepreneurship. He emphasized that young people do not have to wait until they become “important figures” before starting something significant.
The lecture was part of the “Kuliah Umum” (Public Lecture) program themed “Motivating Students to Achieve a Bright Future.”
