Kg Orang Asli Gurney, 31/3/2015 - YBK dan JP Hulu Selangor mengadakan perbincangan dengan wakil pelbagai agensi kerajaan, Tok Batin dan Pengerusi JKK Kg Orang Asli Gurney Batang Kali pagi ini.  Tujuan perbincangan adalah untuk menubuhkan Jawatakuasa Kg Angkat Orang Asli Gurney bagi tujuan merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan, kerohanian dan pembasmian kemiskinan penduduk Kg Orang Asli Gurney

Projek Kg Angkat Orang Asli Gurney oleh YBK dan Pertubuhan Jaksa Pendamai Hulu Selangor dianggotai oleh pegawai dari Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Pusat Zakat Selangor, ICU Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana YBK dan JP Hulu Selangor sebagai peneraju dan dipengerusikan oleh Dato Zainal Abidin Sakom. Ia merupakan 'pilot project' dalam usaha yayasan dan JP membangunkan satu model pembangunan sosio-ekonomi perkampungan orang asli. Model pembangunan sosio-ekonomi dengan mengambil pendekatan menyelaras usaha dan kekuatan semua agensi dan NGO dalam usaha membangunkan sebuah kampung orang asli. 

Perbincangan kali ini berjaya mendapat maklumat balas dari Tok Batin dan Pengerusi JKKK Kg Orang Asli tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg Orang AsliGyrney yang terditi dari 60 isi rumah. Dismaping itu pegawai dari agensi kerajaan yang hadir juga memberi penerangan tentang peiuang yang ditawarkan oleh kerajaan membantu penduduk asli di situ.

YBK juga menawarkan peluang belajar ke Asrama Kasih YBK kepada pelajar orang asli yang layak.  

   

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;