SERENDAH, 25 Mei 2014 - YBK telah melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar yang bertempat di Asrama Kasih YBK Serendah. Seramai 100 orang pelajar terlibat. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, mempunyai jati diri, patriotik dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang murni. Peserta terdiri daripada pelajar ASKA Serendah dan turut disertai oleh peserta daripada sekolah berdekatan. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Albitan, Akademi NLP Malaysia dan kumpulan GPMS UiTM Shah Alam.

Program dibahagikan kepada dua sesi utama iaitu dua slot ceramah dan perkongsian dalam kumpulan (PDK). Slot ceramah pertama disampaikan oleh Dr. Izzudin Yaman daripada Yayasan Albitan, yang mengupas teknik menjadi pelajar cemerlang menurut perspektif Islam. Tuan Hj Md Taib Mat daripada Akademi NLP Malaysia telah memberikan ceramah beliau dalam slot kedua, di mana beliau memberi fokus kepada cara pengaplikasian minda dan psikomotor yang betul menurut teknik 'Neuro-linguistic Programming' (NLP).

Sesi Perkongsian Dalam Kumpulan (PDK) menyusul selepas makan tengahari di mana para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diselia oleh fasilitator daripada kumpulan GPMS UiTM Shah Alam. Pelajar diberi penekanan dalam aspek pembinaan jati diri, patriotisma dan menyimpul rumusan daripada dua slot ceramah sebelumnya. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil GPMS UiTM dan persembahan daripada setiap kumpulan pelajar.

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh penceramah dan fasilitator untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan juga akhirat.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;