GESIR, 19 September 2014 - Sesi perkongsian motivasi telah diadakan bersama para pelatih Akademi Kemahiran YBK Gesir. Seramai 20 orang pelatih hadir pada sesi ini yang diadakan di dewan Asrama Kasih YBK Gesir pada jam 10 pagi. Objektif sesi ini adalah untuk memberi idea dan inspirasi kepada para pelatih berkenaan konsep minda, komunikasi dan kecemerlangan.

Sesi disampaikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua 'team' motivasi YBK dan dibantu oleh En. Audi Faliq dan Cik Wan Afifah. Pembentangan berlangsung selama dua jam dengan selingan permainan menguji minda. Di akhir sesi, para pelatih dan hadirin telah diperkenalkan dengan konsep 'state management' yang diilhamkan daripada 'Neuro Linguistic Programming' (NLP) dan turut bersama-sama melakukan gerakan 'state management' dengan penuh semangat.

Diharapkan ilmu dan praktik yang dikongsikan oleh team motivasi YBK kepada para pelatih dapat memberi suntikan idea dan semangat dalam usaha untuk memperkukuh kecemerlangan diri dan menjadi seorang insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada organisasi dan masyarakat.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;