BUKIT BERUNTUNG, 18 Oktober 2014 - Kumpulan Motivasi YBK telah berkunjung ke SMK Taman Bunga Raya 1 bagi melaksanakan Sesi Motivasi Kecemerlangan Pelajar. Sesi ini disertai oleh 40 orang pelajar yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sesi bermula pada jam 9 pagi dan turut disertai oleh guru kaunselor sekolah.

Objektif sesi ini adalah untuk memperkenalkan konsep kecemerlangan, pembudayaan nilai positif dan teori-teori komunikasi dan minda. En. Zulhairy Jalaluddin telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh En. Audi Faliq Ibrahim. Sesi berlangsung selama 4 jam secara santai tetapi padat dengan informasi dan amali. Pelajar turut diajar teknik 'State Management' bagi mengekal fokus dalam diri.

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan perkongsian ilmu yang diberikan bagi memantapkan persediaan diri menghadapi SPM. YBK mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Taman Bunga Raya 1 kerana sudi memberi platform kepada Kumpulan Motivasi YBK melaksanakan perkongsian ilmu dan pengalaman.

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;