- Hit: 1902
KOTA BHARU & K. TERENGGANU, 20-23 Oktober 2014 - Unit Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan dalam siri mengadakan ceramah motivasi pelajar ke sekolah-sekolah terpilih seluruh Semenanjung Malaysia. Pada 20/10/2014 (Isnin) ceramah motivasi kecemerlangan pelajar telah diberikan kepada 40 orang pelajar di SMK Pangkal Kalong, Kelantan; 21/10/2014 (Selasa) di SMK Penambang, Kelantan kepada 20 orang pelajar KUNTUM Tingkatan 4; dan 23/10/2014 (Khamis) di SMK Sungai Tong, Terengganu kepada 20 orang pelajar tingkatan 5.
Sesi motivasi kecemerlangan pelajar menjurus membina kepercayaan pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang melalui pembinaan sahsiah diri, modul dan program meta dan sikap yang cemerlang. Metodologi syarahan dan praktik dalam kumpulan digunakan pada setiap sesi untuk mengukuhkan pemahaman. Pelajar juga turut diberikan penerangan tentang YBK.
Unit Motivasi YBK akan meneruskan program siri motivasi kecemerlangan pelajar ke sekolah yang berminat dan sekolah yang ditawarkan oleh YBK. Program motivasi pelajar merupakan satu lagi produk YBK membantu pelajar miskin yang memerlukan bimbingan motivasi untuk terus yakin mencatat kecemerlangan dalam pelajaran.