Kuala Kubu Bharu – Satu program mesra dakwah orang asli telah dijalankan oleh mahasiswa USIM-Darul Quran bersama YBK bertempat di Kampung Orang Asli Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat orang asli dalam menyampaikan dakwah bagi meningkatkan kefahaman islam kepada penduduk setempat.
Program ini diikuti seramai 40 orang pelajar bersama Ustaz Asyraff pegawai JAIS yang bertugas di perkampungan tersebut. Pelbagai aktiviti dilakukan membabitkan kanak-kanak, kaum ibu serta pemuda kampung. YBK melalui unit dakwah orang aslinya turut diberi kesempatan untuk melawat dari rumah ke rumah dalam memberikan sedikit penerangan tentang islam kepada penghuni orang asli.
Harapan kami di YBK supaya program sebegini dapat mengeratkan ukhwah dalam mengembang serta menyuburkan islam di perkampungan orang asli.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;