- Hit: 2103
Serendah, 8/11/2014 – YBK meneruskan misi merancang dan melaksanakan program dakwah yang sesuai untuk masyarakat orang asli. Kali ini YBK merancang mengadakan dakwah dan kemasyarakat di Kg Orang Asli Ulu Melaka Serendah. Dengan kerjasama Persatuan Jaksa Pendamai Hulu Selangor YBK memulakan dengan mengadakan kajian sosio-ekonomi di kampung Orang Asli Ulu Melaka,Serendah. Objektif utamanya adalah untuk membuat kajian sosio-ekonomi dalam usaha YBK membantu penduduk setempat melalui kajian soal-selidik yang dijalankan.
Keseluruhan penduduk perkampungan ini dianggarkan 500 orang dengan 150 ketua keluarga. Kajian soal-selidik ini dijalankan dengan bantuan penduduk kampong diketuai oleh En Shamsuddin daripada Pengerusi JKKK Kg Orang Asli Ulu Melaka. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini berjaya mengumpulkan 60 data ketua keluarga. Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom turut serta dalam program kajian soal-selidik ini. Terima kasih kami kepada JP Hulu Selangor serta penduduk kampung kerana kerjasama yang diberikan.