Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3
- Hit: 120

PROGRAM TELAH SELESAI DILAKSANAKAN PADA 18 OKTOBER 2025. BERITA PROGRAM BOLEH DIBACA DI SINI
PENGUMUMAN
- Sijil penyertaan elektronik (E-Sijil) telah di e-mel kepada semua peserta pada 14 November 2025, sila semak e-mel anda! Tajuk e-mel adalah 'Sijil Penyertaan – Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3' daripada alamat e-mel media [at] ybk [dot] org [dot] my
- Para pemenang pertandingan bercerita dan fragmen novel yang masih belum memberikan butiran no. akaun kepada urus setia bagi tujuan tuntutan hadiah wang tunai, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum akhir bulan November melalui no. telefon yang diberikan oleh urus setia bertugas pada hari program!
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu) • Masa: 9 pagi ~ 11 malam • Tempat: YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah (Google Maps)
TENTANG PROGRAM INI
Kenduri Sastera & Malam Puisi Damai 3 merupakan kesinambungan program kesusasteraan anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang pernah diadakan pada tahun 2016 dan 2018. Tahun ini, program ini kembali dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah.
Program ini diadakan bersempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (17 Oktober) dan Dekad Membaca Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor, sebagai simbolik perjuangan membasmi kemiskinan melalui kekuatan ilmu, budaya dan seni.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemarakkan semangat kedamaian dan kemanusiaan melalui seni puisi.
- Mencungkil serta memperkasa bakat muda dalam bidang sastera dan budaya.
- Memupuk kebersamaan masyarakat terhadap usaha pembasmian kemiskinan.
- Menjadikan YBK sebagai wadah perjuangan membasmi kemiskinan secara menyeluruh, merangkumi ekonomi, sosial dan budaya.
RAKAN PENAJA
Program ini turut menerima tajaan dan sokongan daripada CUCKOO International (MAL) Berhad melalui jenama CUCKOO dan WonderLab, Dewina Holdings Sdn. Bhd. melalui jenama BRAHIM'S, dan MAMEE-DOUBLE DECKER (M) Sdn Bhd.
PENGISIAN DAN AKTIVITI
Waktu Siang (Kenduri Sastera)
- Bengkel Deklamasi, Teater, Pidato, Debat dan Penulisan Cerpen (bersama fasilitator dan tenaga pengajar berpengalaman)
- Jualan Rahmah oleh TERAJU EKONOMI ASNAF (TERAS).
- Pertandingan Bercerita, Fragmen Novel, Mewarna Keluarga dan Karaoke Lagu Puisi
- Demo Chef Yang Jamil & sesi perkongsian interaktif
- Bengkel Kepimpinan Sastera dan Budaya bersama tokoh-tokoh besar dunia sastera seperti YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara Ke-10), Prof. Madya Dr. Ghazali Din (UPSI) dan Sifu Azmi Ismail
Waktu Malam (Malam Puisi Damai 3)
Sebuah malam istimewa yang menghimpunkan sasterawan, budayawan dan pemimpin masyarakat untuk meraikan seni dan kedamaian. Antara pengisian adalah:
- Persembahan Silat Tun Fatimah & Caklempong Asrama Kasih YBK
- Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor
- Deklamasi puisi oleh tokoh-tokoh tersohor antaranya Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor), Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Datuk Zainal Abidin Borhan (Presiden GAPENA), dan ramai lagi.
- Persembahan khas artis Sdr. Roslan Madun, Sdr. Sani Sudin (Kopratasa) dan Kumpulan MIIM KEMUDI
IMPAK DAN HARAPAN
Melalui program ini, YBK berhasrat menjadikan YBK Global Camp sebagai pusat komuniti dan kebudayaan berimpak tinggi, di mana seni menjadi jambatan kepada perpaduan dan kesedaran sosial. Ia bukan sekadar acara seni, tetapi satu gerakan kemanusiaan untuk menyemai nilai, membina jiwa dan membasmi kemiskinan melalui budaya dan kata.
PENDAFTARAN BENGKEL & PERTANDINGAN
Pendaftaran telah ditutup
MAKLUMAT LANJUT
Hubungi urus setia program melalui WhatsApp di nombor +60 11 5645 7832 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
