- Hit: 1221
LEMBAH SUBANG, 9 Oktober 2018 - Dengan hasrat supaya Asrama Kasih (ASKA) YBK lebih dikenali umum di samping mencari pelajar baru, hari ini telah berlangsung program 'Bicara Motivasi & Taklimat Asrama Kasih YBK' di SK Lembah Subang. Taklimat melibatkan pelajar darjah 5 dan 6, serta turut dihadiri oleh guru. Cikgu Dalila selaku urusetia merangkap penyelaras program turut bersama sepanjang program berlangsung.
Pengetua ASKA, Pn. Halimaton Saadiah mengetuai penyampaian taklimat dan dibantu oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Timbalan Pengetua ASKA. Turut hadir. En. Muhd Sherhan Nizam Abd Aziz (Pengurus Besar YBK), para pegawai, guru dan pentadbir sekolah. Para pelajar telah diperkenalkan dengan ASKA melalui pembentangan 'slideshow' dan video.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom turut hadir menyampaikan ucapan di samping memberi motivasi kepada pelajar. Dato' Pengerusi telah menyentuh berkenaan peranan YBK dalam memperkasakan pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik dan memberi penerangan komprehensif berkenaan ASKA. Sesi diakhiri oleh penyampaian cenderamata dan pengisian borang permohonan kemasukan ke ASKA oleh pelajar yang berminat.
Info lanjut berkenaan ASKA boleh diperoleh di laman web ini atau menghubungi terus ibu pejabat YBK di talian 03 7875 0036.