SERENDAH, 12 Januari 2019 - Program Bina Kumpulan (Team Building) sempena Minggu Orientasi Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir telah diadakan pada hari ini. Program dua (2) hari yang julung kali diadakan ini menghimpunkan anggota pengurusan Ibu Pejabat YBK bersama-sama Pengurusan Asrama Kasih Serendah dan Gesir sebagai ‘fasilitator’.

Para peserta yang terdiri daripada pelajar ASKA Serendah dan Gesir dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan mereka dikehendaki menyelesaikan pelbagai tugasan/permainan di sepuluh (10) ‘checkpoint’ yang ditetapkan. Tugasan/permainan yang perlu diselesaikan adalah Tiupan Kasih, Tongkat Sakti, Telur Jatuh, Baju Pengantin 2050, Spider Web, Yell-Yell, Keretapiku, Ikatan Kasih, M&M, dan Menaraku.

Program Bina Kumpulan ini bermula pada jam 10 pagi sehingga petang dan diketuai oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan dibantu oleh Pengetua ASKA Serendah Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi serta Pengetua ASKA Gesir, Puan Farahin Iszreen Ismail.  Objektif yang ingin diperkenalkan dalam Program ini antaranya bagi membina kerjasama antara pelajar, menerapkan semangat kepimpinan yang ada di kalangan anak-anak di samping kreativiti yang ditunjukkan dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;