- Hit: 1021
SERENDAH, 12 Januari 2019 - Setelah seminggu pelajar-pelajar baru Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah dan Gesir melalui minggu orientasi, malam ini telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Orientasi Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan permainan βSend Your Bestβ oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz. Para pelajar dilatih untuk saling mengenali dan berfikir untuk membuat keputusan dan tindakan dalam masa yang singkat. Kemahiran berfikir dan membuat keputusan dengan pantas adalah kriteria utama dan pelajar perlu faham bahawa setiap insan dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan secara bijaksana.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Datin Hjh Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah dan Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.