SERENDAH, 13 Januari 2019 – Hari ini pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir telah berpeluang melihat demonstrasi pemadaman kebakaran yang dijalankan oleh anggota daripada Balai Bomba Kuala Kubu Bharu.

Jentera bomba yang membawa 11 anggota tiba pada jam 10 pagi dan disambut oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Sebelum taklimat berlangsung, satu latihan β€˜fire drill’ melibatkan semua pelajar ASKA telah dijalankan untuk pihak bomba melihat sendiri kecekapan pengurusan ASKA dalam mengendalikan situasi kebakaran.

Hadirin kemudiannya mendengar taklimat dan sesi soal jawab bersama pihak bomba berkenaan tatacara dan tindakan yang perlu diambil sekiranya asrama diancam kebakaran. Kemudian demonstrasi pemadaman kebakaran dilaksanakan di kawasan padang dan pelajar serta pihak pengurusan diberi peluang untuk merasai cara memadamkan api dengan betul menggunakan alat pemadam api. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengetua ASKA Serendah, Pn. Halimaton Saadiah dan Pengetua ASKA Gesir, Pn. Farahin antara yang telah mencuba.

Di samping itu, pelajar telah dialu-alukan untuk melihat jentera bomba dengan lebih dekat termasuklah melihat sendiri peralatan dan gadjet yang sering digunakan dalam operasi menyelamat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;