"Dato' Zainal Abidin Sakom adalah inspirasi saya dan kehidupan di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan banyak membentuk saya sehingga berjaya seperti hari ini."

Itulah yang diungkapkan oleh saudara Noorazli Torje atau lebih mesra dipanggil 'Wak', seorang alumni Asrama Kasih YBK ketika ditemuramah oleh sidang redaksi Majalah Prihatin YBK di pejabat beliau di Top-Mech Provincial Sdn Bhd yang terletak di Kapar, Klang hari ini (24 Januari 2019).

Bermula sebagai seorang 'draughtsman' di syarikat tersebut, kini beliau merupakan Pengurus Perkhidmatan di situ dan telah berkhidmat selama hampir 15 tahun. Noorazli adalah antara pelajar perintis ketika Asrama Kasih YBK dibuka pada tahun 1993. Temuramah dikelolakan oleh Pn. Alia Zam daripada sidang redaksi Majalah Prihatin. Turut hadir, Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA Serendah).

Nantikan temuramah penuh dalam edisi Majalah Prihatin yang akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;