SERENDAH, 18 Julai 2019 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK Gesir dan Serendah yang berlangsung di Tasik Kebun Serendah.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan kepada 9 orang penasihat yang hadir. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK), Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan Pn. Farahin Iszreen (Pengetua ASKA Gesir).

Tahniah kepada Ahli Lembaga Penasihat yang dilantik dan YBK serta ASKA khususnya akan memanfaatkan ilmu dan pengalaman Ahli Lembaga bagi memantapkan ASKA selaku Pusat Kecemerlangan Sahsiah Pelajar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;