- Hit: 309
KELANA JAYA, 31 Mac 2022 - Program Sinar Kasih Ramadhan 1443H/2022M Yayasan Basmi Kemiskinan tahun ke-14 telah dilancarkan secara rasmi hari ini dalam majlis di Rumah YBK, Kelana Jaya.
Majlis berlangsung bermula jam 11 pagi dengan ucapan aluan daripada En. Hashim Anang selaku juru acara. Majlis berlangsung dalam pematuhan S.O.P di mana setiap tetamu dipastikan telah mengimbas kod MySejahtera dan mendaftar sebelum masuk.
Antara tetamu jemputan yang hadir adalah En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Pn. Siti Puan Siti Khadijah Hasan (Ketua Operasi Unit Kebajikan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia) berserta pegawai; Sdri. Shahida Othman mewakili MyFundAction; wakil daripada Yayasan Food Bank Malaysia; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid (Presiden Majlis Belia Malaysia) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung); Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia); Sdr. Nazri Abdul Latif (Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia); Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin (Presiden Majlis Belia Selangor); Pn. Intan Diyana bt Jalil (Setiausaha Kehormat Badan Amal Warga Asnaf - BAWA); wakil daripada Balai Polis Kelana Jaya; rakan-rakan strategik dan media; dan para karyawan YBK serta jemputan khas.
YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Program SKR telah memberi ucapan dan memberi penerangan berkenaan SKR 2022. Kemudian disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), dan penyempurnaan gimik pelancaran serta penyampaian cek oleh penyumbang yang turut disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan rakan strategik Program SKR 2022 telah bersetuju menyumbang 200 kotak Infaq Rezeki dan rakan NGO lain seperti MyFundAction dan Yayasan Food Bank Malaysia turut berhasrat untuk menyumbang.
Dalam majlis yang sama juga telah diadakan acara memotong kek sempena Ulang Tahun YBK Ke-32 yang jatuh pada 26 Mac 2022 yang lalu. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, sidang media dan jamuan makan.
Program Sinar Kasih Ramadhan 1443H/2022M menyasarkan untuk membantu 200 keluarga fakir/miskin yang telah dikenal pasti dengan sumbangan tunai dan bakul makanan sumbangan daripada rakan-rakan strategik YBK.