KELANA JAYA, 22 April 2022 - Selari dengan visi untuk membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan, Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini bersama-sama Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare telah menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Day Food Industry Sdn. Bhd. untuk mencari calon-calon usahawan untuk memasarkan produk 'Ayam Kicap Gaduh'.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom mewakili YBK manakala Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi mewakili YBCare dan pihak Day Food Industry telah diwakili oleh Cik Puteri Mohd Samary, pemilik jenama 'Ayam Kicap Gaduh'.

Turut menyaksikan MoU, YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Pengasas YBK), YBhg. Datuk Rahimi Rejab (Pengerusi Day Food Industry Sdn. Bhd.), dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

ALPA YBK yang turut hadir adalah En. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Fatah Abdul Khalid, dan En. Zainal Mohd Jais, juga para karyawan daripada outlet-outlet YBK. En. Hashim Anang, Pengurus Tugas Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf telah bertindak selaku juru acara. Sebelum MoU berlangsung telah diadakan taklimat berkenaan Ayam Kicap Gaduh kepada beberapa calon usahawan berpotensi yang turut hadir. Majlis turut diadakan serentak dengan Iftar peringkat Ibu Pejabat YBK.

Majlis diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;