KAJANG, 28 Jun 2022 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz hari ini telah dijemput untuk memberikan perkongsian motivasi kepada pelajar tingkatan 5 di dua buah sekolah iaitu SMK Bandar Tasik Kesuma dan SAM Batu 10 Hulu Langat.

Sesi motivasi merupakan sebahagian atur cara Majlis Perasmian Tuisyen Percuma & Motivasi Skor A anjuran Sport Recreation Community Club (SRCC) Hulu Langat dan Yayasan Bank Rakyat. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Johan Abdul Aziz, Penasihat SRCC Hulu Langat. Dalam majlis ini juga, Yayasan Bank Rakyat telah menyerahkan sumbangan tajaan program.

Kedua-dua sekolah telah ditawarkan Program Motivasi Semangat Mendaki YBK untuk pelajar SPM. Pihak sekolah mengalu-alukan tawaran YBK dan perbincangan lanjut akan dilaksanakan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;