31 Julai 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan melalui Asrama Kasih YBK dan Alumni's Aska telah melancarkan kempen 'Alumni Care ASKA' yang diadakan secara tele-sidang.

Kempen ini merupakan cetusan idea Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK yang melihat perlunya alumni ASKA berjemaah dalam berbakti kembali kepada ASKA, salah satunya melalui inisiatif mewujudkan tabung bagi pendanaan pembangunan ASKA.

Pengerusi ASKA, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman dan Dato' Pengerusi YBK telah menyampaikan amanat mereka kepada lebih 50 orang alumni yang hadir. Dato' Pengerusi dalam ucapannya berharap agar para alumni dapat menyumbang walaupun serendah RM10, demi kebaikan ASKA serta akan menjadi sedekah jariah yang pahalanya berpanjangan.

Turut menyampaikan ucapan, Saudara Rosshahadir Edir Lampard selaku wakil Alumni ASKA. Sesi dipengerusikan oleh Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan doa oleh Ustaz Syaiful Akmal (Timbalan Pengetua ASKA).

Hadir bersama, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan para karyawan YBK. Sesi turut diikuti oleh anak-anak ASKA melalui skrin di Dewan Utama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;