KELANA JAYA, 26 Ogos 2022 - Untuk memastikan setiap karyawan memahami konsep 'Semangat Mendaki' yang menjadi idealisma Yayasan Basmi Kemiskinan, sesi kursus selama 2 jam telah diadakan di Rumah YBK hari ini dengan penglibatan para karyawan di Ibu Pejabat dan outlet-outlet YBK.

En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap penulis modul Motivasi Semangat Mendaki YBK telah menyampaikan kepada hadirin berkenaan Semangat Mendaki YBK dan komponen-komponen yang menjadi teras kepada konsep ini.

Gagasan Semangat Mendaki YBK merupakan cetusan idea YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan telah diadun bersama elemen Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan ESQ. Ia turut digarap menjadi sebuah modul motivasi untuk pelajar sekolah dan telah dikembangkan sejak tahun 2015.

En. Zulhairy merupakan jurulatih dan pengamal bertauliah NLP (ANLPM) serta penulis modul Semangat Mendaki YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;