- Hit: 256
KELANA JAYA, 11 November 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan satu sidang media khas berkenaan isu Pemansuhan Bantuan Makanan Asrama (BMA) di ibu pejabat @ Rumah YBK.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi YBK telah mengampaikan kronologi dan latar belakang isu ini, yang menurutnya seolah-olah 'menzalimi' anak-anak yatim, fakir dan miskin yang tinggal di Asrama Kasih YBK (ASKA). Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (ALPA YBK); YBhg Datin Hajah Harini selaku penasihat pentadbiran dan sumbar manusia YBK; En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pengetua-pengetua dan beberapa orang pelajar ASKA.