BANDARAYA MELAKA, 27 Disember 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Program Retreat Karyawan YBK 2022 yang berlangsung selama dua hari. Seluruh karyawan daripada ibu pejabat dan outlet-outlet YBK telah mengambil bahagian.

Pada hari pertama (27/12), program bermula pada jam 9:30 dengan sesi 'Ice Breaking' yang dikendalikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Ini disusuli dengan sesi pemantapan kumpulan (Team Building) selama dua jam yang dikendalikan oleh Saudara Hazrul Hafizi Abdul Halim (Pengasas Big Sam Enterprise merangkap Presiden Malaysian Gold Award Association).

Pada sebelah petang selepas makan tengahari dan solat Zuhur, para karyawan telah mengikuti sesi 'Coaching' bersama En. Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi Semangat Mendaki. Sesi ini berlangsung selama dua jam.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah memberikan perkongsian motivasi kepada karyawan pada sesi sebelah malamnya, di mana beliau menegaskan kepentingan mempelajari ilmu dan kemahiran baharu, di samping turut memerhati, belajar dan mengambil manfaat daripada alam. Turut bersama, YBhg. Datin Saripah Ahmad.

Program ditangguhkan pada jam 10 malam dengan penyampaian sijil kehadiran sesi Pemantapan Kumpulan dan sesi fotografi kumpulan.

Program Retreat Karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan 2022 diteruskan untuk hari yang ke-2 pada 28 Disember 2022.

Para karyawan YBK telah berkumpul di dataran air pancut bersebelahan Tun Fatimah Riverside Hotel pada jam 7 pagi untuk aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Saudara Hazrul Hafizi Abdul Halim. Aktiviti ini berlangsung selama 30 minit.

Selepas sarapan pagi, program diteruskan dengan sesi 'TOT Fasilitator Cemerlang' bersama Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Sesi selama satu setengah jam ini dilaksanakan secara sidang video Zoom.

Kemudian para karyawan berkumpul semula di dataran air pancut untuk sesi pemantapan kumpulan (Team Building) yang dikendalikan oleh Saudara Hazrul Hafizi Abdul Halim. Beberapa permainan telah dilaksanakan yang menguji semangat kerjasama dan patuh pada arahan.

Sesi terakhir adalah Motivasi 'Kemuliaan Seorang Pemimpin' yang disampaikan oleh Saudara Suhail Bin Mohamed Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al Manjie merangkap Tokoh Belia Negara 2015.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada setiap kumpulan, makan tengahari, seterusnya pergerakan pulang ke outlet masing-masing.


YBK EMPLOYEE RETREAT PROGRAM 2022

BANDARAYA MELAKA, 27 December 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) has organised a two-day YBK Employee Retreat Programme 2022. All employees from YBK's headquarters and outlets participated in this programme.

On the first day (27/12), the programme starts at 9:30 with an 'Ice Breaking' session conducted by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK. This was followed by a two-hour Team Building session conducted by Mr. Hazrul Hafizi Abdul Halim (Founder of Big Sam Enterprise President of the Malaysian Gold Award Association).

In the afternoon after lunch and Zuhr prayer, the employees attended a 'Coaching' session with Mr. Zulhairy Jalaluddin, YBK Board of Trustees Member. The session lasted two hours.

Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom gave motivational sharing to employees during his evening session, where he stressed the importance of learning new knowledge and skills, while also observing, learning and benefiting from nature. Also present, YBhg. Datin Saripah Ahmad.

The programme for the 1st day ended at 10 p.m. with the presentation of attendance certificate and group photography session.

The next day (28/12), YBK employees had gathered at the fountain square next to Tun Fatimah Riverside Hotel at 7am for a senamrobic activity led by Mr. Hazrul Hafizi Abdul Halim. This activity lasts 30 minutes.

After breakfast, the programme continued with an 'TOT Distinguished Facilitator' session with Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, Senior Lecturer of the Faculty of Educational Studies of Universiti Putra Malaysia. This one-and-a-half hour session was conducted via Zoom video conference.

Then the workers regrouped at the fountain square for Team Building session conducted by Mr. Hazrul Hafizi Abdul Halim. Several games have been implemented that test the spirit of cooperation and obey the instructions.

The final session was the 'Glory of a Leader' Motivation presented by Mr. Suhail Bin Mohamed Kamaruddin, Chief Executive Officer of Yayasan Al Manjie National Youth Hero 2015.

The programme concludes with the presentation of certificates and gifts to each group, lunch, and then the return movement to their respective outlets.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;