- Hit: 1682
ULU YAM, 1 Februari 2016 - Gerakerja di Kampung Orang Asli (KOA) Gurney pada 2016 membuka tirai dengan penyerahan sistem P.A. untuk kegunaan tadika. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj. Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Turut diserahkan, beg sekolah dan alat-alat tulis kepada anak-anak yang belajar di taska kampung berkenaan.
Diharapkan sumbangan berkenaan dapat mengukuhkan gerakerja YBK kepada masyarakat khususnya di kampung berkenaan.